Mampukah Ljungberg selesaikan masalah dalam tempoh dipintanya.

Tempoh lima hingga enam minggu diperlukan Ljungberg dalam membentuk Arsenal menjadi pasukan berdaya saing.

Freddie Ljungberg mengendalikan Arsenal buat kali pertama sebagai pemangku sementara ketika menentang Norwich yang berkesudahan seri 2-2.

Namun sebelum itu beliau menegaskan bahawa dia tidak pasti sama ada pengurusan sepenuh masa serasi dengannya.

Pengendali Sweden berusia 42 tahun yang menganggotai skuad ‘Invincibles‘ Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger pada musim 2003/04 diberi kepercayaan selepas Unai Emery dipecat hanya selepas 18 bulan bersama kelab itu.

Bagaimanapun Ljungberg yang menjadi pembantu Emery sebelum itu memberitahu masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada menjadi pengurus tetap sesuai dengannya ataupun tidak.

Kita lihat apa berlaku pada masa depan,” kata Ljungberg.

Ketika ini saya masih belajar.

“Ia satu tanggungjawab yang besar dan pada ketika ini saya menghadapinya satu perlawanan demi satu perlawanan.”

Itu adalah kata-kata beliau sebelum mengendalikan perlawanan pertama yang mana beliau sedar tugas berat dipikulnya untuk menyelamatkan Arsenal daripada tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara sekali lagi.

Dan beliau menyatakan keyakinannya bahawa Arsenal masih berpeluang menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dalam kelompok empat teratas walaupun seri 2-2 di Norwich City.

100 peratus,” kata pengendali dari Sweden itu apabila ditanya mengenai peluang Arsenal untuk kekal bersaingan dalam kelompok empat terbaik.

Ramai yang tercicir mata di sana dan sini dan kami juga tercicir mata, ia liga yang sangat gila buat masa ini.

Saya harap dan rasa Arsenal boleh menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas.

Ljungberg juga berkata dia memerlukan sekurang-kurangnya lima atau enam minggu untuk mendapatkan idea daripada pemain tapi dengan perlawanan di laman sendiri berdepan Brighton & Hove Albion pada Khamis sebelum kunjungan ke West Ham United pada Isnin berikutnya.

Namun masa yang terlalu suntuk menyebabkan dia tidak berpeluang untuk berbuat demikian (tidak mempunyai banyak masa).

Pada perlawanan menentang Norwich itu juga Ljungberg mengakui bahawa beliau sudah mengenal pasti permasalahan Arsenal.

Kami mempunyai masalah dalam pertukaran dan itu adalah apa yang akan saya cuba perbetulkan,” katanya.

Dan percubaan kedua Ljungberg dalam memperbetulkan dan memperbaiki pasukan dengan harapan ianya berjaya dilaman sendiri berakhir dengan kekecewaan apabila tewas 1-2 kepada Brighton & Hove Albion.

Sudah tentu, ia mengecewakan tetapi kami perlu teruskan,” kata Ljungberg.

Pemain kurang yakin, saya fikir anda boleh melihatnya.

Kami berada dalam situasi sukar. Kami memulakan permainan dengan hambar dan tiada tenaga.

Adalah tugas saya menjadikan mereka lebih agresif dan bermain dengan penuh tenaga.”

Menentang West Ham untuk perlawanan ketiga Ljungberg dan dalam pemburuan kemenangan pertama, apa yang diharapkan adalah Arsenal mencapai keputusan positif untuk mengembalikan pasukan berada dilandasan yang betul.

Perlawanan Arsenal seterusnya.

Pun begitu, sebagaimana penjelasan Ljungberg yang meminta lima ke enam minggu untuk mengenali dan memahami kemampuan pemain dan pasukan juga harus difahami.

Namun diharapkan ianya tidak mengambil masa lama kerana percubaan kedua Ljungberg dalam mengenal kemampuan dan keserasian pemain mengundang padah di Emirates.

Mungkin Ljungberg mahu mengambil hati pemain yang mempunyai pengaruh dan nama pada perlawanan menentang Brighton & Hove Albion.

Tindakan yang dilihat mahu mengembalikan kenyakinan pemain dan pasukan yang nyata mengundang padah.

About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment