Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Mario Mandzukic bakal sertai kelab Qatar, Al-Duhail

Published

on

Penyerang veteran Croatia, Mario Mandzukic semakin hampir meninggalkan Juventus dan sertai Al-Duhail, sebuah kelab liga utama Qatar.

Dia kurang mendapat perhatian dan tidak pernah bermain dalam perlawanan skuad utama Juventus sejak Maurizio Sarri menjadi pengurus baru kelab pada musim ini.

Pemain berusia 33 tahun ini juga merupakan sasaran Manchester United, yang kurang mempunyai striker berpengalaman dalam skuad mereka musim ini. Namun, hasrat mereka untuk mendapatkan Mandzukic terpaksa dilupakan.

Advertisement

Mandzukic akan bertemu kembali bekas rakan sepasukannya di Juventus, iaitu pemain pertahanan tengah Maghribi, Mehdi Benatia.

Al-Duhail, yang kini merupakan pendahulu liga utama Qatar [Qatar Stars League] diuruskan oleh bekas pembantu pengurus Jose Mourinho, iaitu Rui Faria.

Dia dijangka akan menandatangani kontrak 18 bulan bersama Al-Duhail, dan Sky Sports Itali juga mendakwa Juventus akan menerima £4.3 juta selepas Mandzukic melengkapkan perpindahan tersebut.

Naib juara Piala Dunia 2018 ini menyertai kelab gergasi Serie A ini dari Atletico Madrid pada 2015, dan telah membuat 162 penampilan, menjaringkan 44 gol untuk the Old Ladies.

Advertisement