Mikel Arteta akan diumumkan sebagai pengendali baharu Arsenal.

Mikel Arteta Akan Diumumkan Selaku Pengendali Baharu Arsenal
Josh Kroenke terbang kembali ke AS selepas meluluskan kontrak tiga tahun setengah yang bernilai £ 5 juta.

Pengarah Arsenal, Josh Kroenke telah kembali ke Amerika Syarikat dan bersedia untuk melantik Mikel Arteta sebagai pengendali baharu kelab, menurut laporan.

Kepulangan Arteta ke Emirates kini telah berada di peringkat akhir berikutan selesainya perbincangan dengan individu-individu penting Arsenal.

Empat individu penting dalam urusan pencarian pengganti Emery, Raul Sanllehi (Ketua Bolasepak), Edu (Pengarah Teknikal), Vinai Venkatesham (Pengarah Urusan )dan Ketua Operasi Bolasepak, Huss Fahmy difahamkan telah berunding dan berbincang bersama Arteta.

Empat individu penting Arsenal – kiri ke kanan, Vinai Venkatesham, Huss Fahmy, Edu dan Raul Sanllehi.

Josh Kroenke, anak lelaki pemilik TheGunners, telah menghabiskan tempoh yang panjang di England untuk membantu peralihan selepas pemecatan Unai Emery bulan lalu.

Josh Kroenke

Namun dengan proses perekrutan kelab hampir lengkap, Josh Kroenke dilaporkan telah kembali ke Amerika Syarikat dengan sedia mengumumkan pelantikan Arteta.

Pengumuman itu dijangka akan segera dilakukan, selepas mendapat kelulusan bapanya, Stan Kroenke.

Arteta dijangka bakal mengemudikan perlawanan Liga Perdana Sabtu ini menentang Everton sekiranya sempat menandatangani kontrak yang ditawarkan berjumlah £ 5 juta setahun untuk tempoh tiga tahun setengah.

Walaupun dikatakan tidak mempunyai berpengalaman yang mencukupi, namun, Arteta dikatakan mendapat pengiktirafan daripada mereka di belakang tabir.

Selain itu, Arteta turut memerlukan pasukan kejurulatihan yang berpengalaman untuk membantunya, memandangkan ini akan menjadi kali pertama buatnya untuk berada dikerusi panas.

Beliau akan diberikan kebebasan untuk memilih pasukan kejurulatihannya sendiri dengan jurulatih Sepanyol, Rodolfo Borrell, yang kini juga berada di City dan Domenec Torrent, yang pernah bekerja dengan Pep Guardiola di Barcelona, ​​Bayern Munich dan Stadium Etihad, merupakan dua nama yang dicadangkan sebagai individu berpotensi untuk berpindah ke Arsenal.

Rodolfo Borrell, pembantu pengurus Manchester City.

Guardiola semalam mengesahkan Arteta akan berada bersama City untuk pertembungan suku akhir Piala Carabao menentang Oxford United ditempat lawan, esok jam 3.45 pagi waktu Malaysia.

Domènec Torrent bekas pembantu Guardiola yang kini menjadi pembantu pengurus di New York City FC.

Pengumuman Arteta selaku pengendali Arsenal dikatakan akan dipercepatkan dalam tempoh 48 jam akan datang.

About MyGooners 882 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment