Mikel Arteta bercakap dengan Adrien Rabiot.

Adrien Rabiot
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta telah menelefon pemain sasaran dengan dakwaan menerangkan projek The Gunners menjelang jendela perpindahan Januari.

Laporan media Perancis, FootMercato mendendahkan bahawa Mikel Arteta telah menelefon dan bercakap dengan Adrien Rabiot.

Mengikut laporan tersebut, Raul Sanllehi dan Mikel Arteta telah menghubungi pemain itu bagi menyampaikan dan menerangkan ‘projek’ yang akan dilaksanakan di Arsenal.

Malah ia turut mengatakan bahawa Arteta cuba memujuk pemain itu menyertai Arsenal pada jendela perpindahan Januari ini.

Rabiot berpindah ke Juventus dari PSG sebagai ejen bebas pada musim panas lalu, namun mendapati sukar menempatkan diri dalam kesebelasan utama kelab Turin itu.

Dan kesukaran beliau untuk beraksi secara tetap menyebabkan perpindahan keluar dari kelab itu menjadi sesuatu yang perlu dipertimbangkan pemain tersebut.

Malah turut dilaporkan bahawa Rabiot sendiri sedang mempertimbangkan masa depannya setelah mendapati sukar untuk memahami arahan Maurizio Sarri di Juventus.

Raul Sanllehi dan Arteta, kedua-dua mereka ‘mengesahkan’ pemain itu sebagai sasaran perpindahan yang sesuai untuk Arsenal dan itulah yang menyebabkan pengendali The Gunners itu menghubungi Rabiot.

Rabiot hanya membuat sembilan penampilan Serie A sahaja setakat ini (musim ini).

FootMercato juga menjelaskan dimana Arsenal bakal mendapat saingan daripada Everton, yang juga dikatakan berminat untuk menandatangani pemain Perancis berusia 24 tahun itu.

Sementara itu, ibu pemain itu juga dilaporkan telah bertemu pihak pengurusan Juventus pada hujung minggu, untuk membincangkan mengenai situasi semasa Rabiot.

Mengikut laporan itu, Juve menjelaskan dengan jelas bahawa mereka ingin mengekalkan Rabiot dan sedia mengorbankan Emre Can.

Laporan FootMercato
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment