Mikel Arteta berdepan temuduga panjang.

Mikel Arteta Berdepan Temuduga Panjang
Mikel Arteta akan menghadapi sesi temuduga yang panjang jika mahukan tugas pengendali Arsenal mengikut laporan.

Bekas pemain dan kapten pasukan, Mikel Arteta muncul sebagai calon utama untuk menggantikan Unai Emery di Arsenal, tetapi menurut laporan proses temuduga tidak akan menjadi mudah.

The Telegraph mendakwa bahawa jika Arteta berminat untuk mendapatkan jawatan itu (pengendali Arsenal), dia akan menghadapi proses temuduga gaya Apprentice yang akan dijalankan oleh beberapa individu kanan Arsenal, yang akan terlibat dalam urusan melantik bos baru The Gunners.

Exclusive: Mikel Arteta faces ‘Apprentice-style’ grilling if he wants Arsenal job

The Telegraph

Raul Sanllehi dan Pengarah Teknikal, Edu akan menemubual calon secara berasingan daripada Huss Fahmy, Pengarah Operasi Bolasepak dan Pengarah Urusan Vinai Vinkateshem.

Sebelum sesi temuduga akhir yang akan dijalankan di Amerika dengan pemilik kelab, Stan Kroenke dan anaknya Josh.

Setakat ini begitu banyak laporan mengatakan mengenai jumlah bilangan calon yang berada dalam senarai pendek pihak pengurusan Arsenal, dengan kebanyakan melaporkan antara 12 dan 14 individu.

Max Allegri, Brendan Rodgers dan Mauricio Pochettino adalah beberapa nama berprofil tinggi dikaitkan dengan peranan itu, sementara bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira juga telah disebutkan.

Jurulatih sementara Arsenal, Freddie Ljungberg juga dianggap mempunyai peluang untuk mengekalkan peranannya sehingga akhir musim ini.

Walau bagaimanapun, Mikel Arteta yang hampir ditawarkan jawatan ini pada 2018, meletakkannya berada dalam kedudukan terbaik kali ini.

Pun begitu, satu lagi bekas kelab Arteta, Everton, juga sedang mencari pengurus tetap baharu setelah Marco Silva dipecat.

Duncan Ferguson, pengendali sementara Everton.

Dan Arteta juga telah dikaitkan dengan peranan tersebut di Everton.

Bagaimanapun ia dijangka bahawa Arteta akan kekal di Manchester City sebagai pembantu Pep Guardiola dan mempunyai peluang yang baik untuk menggantikan mentor pengurusnya itu sekiranya Guardiola meninggalkan Etihad.

Arsenal telah dikritik kerana tindakan memecat Unai Emery tanpa melakukan persedian rapi mengenai individu yang akan mengisi kekosongan itu.

Dan ianya menyebab keadaan menjadi bertambah buruk setelah ketiadaan pengganti berkaliber.

Sekiranya proses temuduga menjadi lebih intensif seperti yang dilaporkan, maka kita semua terpaksa menanti sehingga ke akhir musim untuk mengetahui siapa yang akan bertanggungjawab selain mengharapkan Ljungberg mampu memulihkan keadaan sementara itu.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Para eksekutif Arsenal bertemu Mikel Arteta. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners
  2. “Arteta dan saya mempunyai hubungan yang sama” – Edu - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners