Mikel Arteta mahukan Mesut Ozil, watak penting Arsenal

Arteta dan Ozil
Sidang media pertama pengendali baharu Arsenal, Mikel Arteta telah memberikan bayangan mengenai taktikal yang akan digunakan dan pemain mana yang penting.

Mikel Arteta menegaskan beliau sudah bersedia untuk menghadapi cabaran selepas pulang ke ‘rumah’.

Pengendali muda berusia 37 tahun yang juga merupakan bekas kapten The Gunners, telah meninggalkan peranannya sebagai penolong Pep Guardiola di Manchester City dan bersetuju kontrak tiga tahun setengah di Emirates.

Pada sidang media yang diadakan petang Jumaat di Stadium Emirates, Arteta berkata: “Tiada yang lebih baik apabila berada dirumah

Saya berasa sangat gembira dan bangga kerana diberikan penghormatan untuk menjadi pengurus kepada kelab bolasepak ini.

“Saya telah bersedia menghadapi cabaran ini dan saya bersedia. Jika saya tidak merasakannya [tidak bersedia], saya tidak akan duduk di kerusi ini.

Saya perlu melibatkan pemain, apabila saya berada di sini dengan semua pemain City, ianya sedikit sedih.

Selepas itu kita boleh bercakap tentang perkara lain, kita memerlukan kesan serta-merta dan perlu meningkatkan tahap persembahan untuk memenangi perlawanan dan melibatkan diri dengan peminat.”

Berkaitan dengan pemain dan bagaimana beliau akan membentuk pasukan, Arteta telah memberi bayangan mengenai Mesut Ozil akan menjadi sebahagian daripada pasukan dengan peranan penting.

Ozil pernah bermain bersama Arteta.

Beliau juga menyifatkan bahawa Ozil merupakan ‘pemain besar untuk kelab bolasepak ini’.

Ozil pula adalah pemain Arsenal pertama yang memberikan ucapan tahniah kepada pelantikan Arteta dengan ciapan pada laman Twitternya.

Dan Ozil nanti, akan bermain untuk The Gunners bersama bos barunya yang juga merupakan bekas kapten dan rakan sepasukan.

Manakala Arteta seolah-olah percaya bahawa beliau boleh mengeluarkan yang terbaik daripada bekas rakan sepasukannya itu.

Menarik untuk disaksikan bagaimana Arteta akan menggunakan pemain dalam kesebelasan utamanya dan bagaimanakan taktikal beliau nanti.

Namun kita hanya akan menikmatnya itu pada minggu depan.

Saksikan video Arteta pada sidang media pertamanya

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment