Mikel Arteta umum pasukan teras jurulatih skuad utama Arsenal

Arteta pada sidang media pertamanya selaku ketua jurulatih Arsenal.
Mikel Arteta telah mengumumkan pasukan jurulatih teras yang akan bekerjasamanya dengan di Arsenal.

Steve Round, Freddie Ljungberg, Albert Stuivenberg, dan Inaki Cana Pavon telah dilantik untuk membantu Arteta dalam menguruskan skuad utama Arsenal untuk baki musim ini.

Saya sangat gembira kerana dapat mengumpul sekumpulan jurulatih yang berbakat untuk bekerjasama dengan saya.

Mereka akan membawa gabungan pengalaman dan pemikiran segar.

Mereka akan menjadi kunci utama, bersama mereka yang berbakat yang sudah berada di kelab, untuk membawa kami kembali ke jalan kemenangan.” kata Arteta

FREDDIE LJUNGBERG

Status Ljungberg bersama skuad utama Arsenal telah disahkan oleh Arteta dalam satu sidang media.

Pengalaman dan pengetahuan Ljungberg mengenai skuad akademi Arsenal dan apa yang telah dilaluinya dalam enam perlawanan bersama skuad senior (sebagai pengendali sementara kelab) sebelum perlantikan Arteta, adalah sangat penting bagi ketua jurulatih Sepanyol.

Ianya bagi mengenalpasti lebih terperinci masalah dan pembaikan yang boleh dilakukannya di kelab.

Bekas pemain antarabangsa Sweden ini telah terlibat dalam bidang kejurulatihan di kelab sejak 2016, mengendalikan skuad bawah 14/15 tahun Arsenal bersama seorang lagi bekas pemain, Ryan Garry.

Ljubgberg bersama Garry.

Beliau kemudian menjadi pembantu kepada bekas ketua akademi kelab, Andres Jonker sebelum mengikutinya menjadi pembantu pengurus di Wolfsburg.

Ljungberg kembali ke kelab pada tahun lepas untuk menguruskan skuad akademi kelab, sebelum dilantik menjadi pembantu jurulatih dibawah kendalian Unai Emery musim ini, dan kemudian menjadi pengendali sementara skuad utama selepas pemecatan pengurus Sepanyol tersebut.

STEVE ROUND

Steve Round mungkin nama yang jarang didengari namun awal-awal namanya dipetik untuk menjadi pembantu jurulatih kepada Arteta.

Steve Round

Beliau mempunyai pengalaman yang luas bersama pasukan Liga Perdana Inggeris dan pernah menjadi pembantu pengurus di Manchester United, Newcastle United, dan Everton.

Dan beliau juga merupakan pengarah teknikal di Aston Villa sebelum berhijrah ke Arsenal.

Petikan ayat daripada Sam Allardyce: “Steve merupakan seorang jurulatih yang cara kerja sangat tersusun dan terperinci.

Dia suka berhubung dengan penganalisa perlawanan, saintis sukan, dan pakar nutrien.

Dia boleh menawarkan untuk membantu dalam perkara sebegini, dan mengambil tekanan tersebut daripada Arteta.”

ALBERT STUIVENBERG

Albert Stuivenberg telah bersetuju untuk menjadi pembantu jurulatih Arteta, dan pada masa yang sama mengekalkan posisinya sebagai pembantu kepada ketua jurulatih pasukan kebangsaan Wales, Ryan Giggs.

Albert Stuivenberg

Beliau akan terus bersama skuad kebangsaan Wales sehingga tamat kejohanan EURO2020.

Bekas pembantu kepada Louis Van Gaal semasa era pengurus Van Gaal di Manchester United dikenali sebagai seorang yang membuat persediaan taktikal.

“Van Gaal juga pernah menyatakan bahawa Stuivenberg membantunya dalam mencorak pergerakan pasukannya, dan sangat dikenali di kalangan para pemain muda di United.

INAKI CANA

Inaki Cana merupakan jurulatih penjaga gol di Brentford sebelum berpindah ke Arsenal.

Inaki Cana

Dia akan bekerjasama dengan seorang lagi jurulatih penjaga gol, Sal Bibbo dalam sesi latihan para penjaga gol skuad utama kelab.

Petr Cech bersama jurulatih penjaga gol, Sal Bibbo

Be the first to comment