Musim pertama menghadirkan harapan, musim kedua punah segalanya.

Kehadiran Unai Emery selaku pengganti Arsene Wenger bagaikan memberi harapan pada musim pertama, namun musim kedua beliau tidak mampu meneruskan lagi.

Menjadi tanda tanya mengapa musim pertama Unai Emery bersama Arsenal tidak seteruk musim kedua.

Malah musim kedua, beliau tidak sempat pun menghabiskan separuh perjalanan liga sebelum dipecat.

MENGAPA?

Mesti anda juga tertanya-tanya mengapa ianya terjadi.

Emery pada musim pertama berjaya membawa Arsenal ke final Liga Europa selain menamatkan saingan Liga Perdana ditangga kelima.

Arsene WengerUnai Emery
Liga Perdana65
Piala FAPusingan ke-3Pusingan ke-4
Piala LigaFinalSuku Akhir
EuropaSeparuh AkhirFinal

Secara kasarnya, Emery berjaya memberikan sedikit kemajuan terhadap Arsenal setelah mengambil alih dari Wenger.

Malah jika dibandingkan peratusan kemenangan diantara kedua-dua mereka, jelas Emery lebih cemerlang untuk setiap pertandingan yang disertai Arsenal (musim pertama Emery dan musim terakhir Wenger).

Rekod Arsenal pada musim 2018/19 dibawah Emery yang kali pertama mengendalikan The Gunners.
Rekod Arsenal musim 2017/18 dibawah kendalian Arsene Wenger.

Namun musim kedua Emery, beliau seakan-akan gagal meningkatkan prestasi pasukan malah ianya menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan pemecatan beliau.

Kenapa musim pertama bagaikan memberi harapan dan musim kedua bagaikan menghacurkan?
MUSIM PERTAMA EMERY

Emery tidak banyak melakukan perubahan kepada barisan pemain Arsenal dengan beliau hanya menerima lima pemain baharu termasuklah Dennis Suarez yang dipinjamkan dari Barcelona.

Dibawah struktur baharu Arsenal, Emery bukanlah individu yang mempunyai kuasa penuh dalam pembelian ataupun pengambilan pemain-pemain baharu.

Ianya merupakan Raul Sanllehi yang bertanggungjawab dalam pengambilan pemain baharu untuk digunakan Emery.

Pun begitu, Emery masih menggunakan hampir 90% kekuatan pemain yang ditinggalkan Wenger.

Pemain yang dibawa masuk Arsenal untuk Emery pada musim pertamanya.

Pada pendapat penulis, faktor mengapa musim pertama Emery berjaya (boleh dikatakan) kerana teras pemain yang ada pada ketika ini masih lagi kukuh dengan DNA Arsenal, peninggalan Wenger.

Emery masih dalam proses mengenal kekuatan pemain pada musim pertama dan hanya mengikut rentak yang sudah menjadi kebiasaan bagi pemain Arsenal beraksi.

Cuma ditambah dan diubah suai secara sedikit demi sedikit dengan taktikal beliau.

Beliau musim itu menggunakan pemain peninggalan Wenger dan membentuk permainan berdasarkan pemain itu sendiri (kebanyakkan perlawanan).

Arsenal musim pertama dibawah Emery masih mengekalkan corak bermain yang sebagaimana Arsenal sebelum ini cuma hanya sedikit perubahan dilakukan dengan bermula dari bawah.

Pun begitu, perubahan ketara yang dilakukan Emery menyaksikan pemain-pemain Arsenal bergelut menyesuaikan diri.

Secara keseluruhannya musim pertama Emery berada di Emirates, Arsenal masih mengekalkan ciri-ciri Arsenal bermain, walaupun tidak begitu ketara.

Pemain yang menggerakkan pasukan seperti Aaron Ramsey boleh dikatakan penyumbang utama mengapa musim pertama Emery dilihat berjaya di Arsenal.

Walaupun beliau (Ramsey) bukanlah pemain pilihan utama Emery untuk beraksi dan bermula dalam kesebelasan pasukan, namun tidak dapat dinafikan sumbangan yang diberikan oleh Ramsey.

28 penampilan Liga Perdana dengan 14 bermula dalam barisan permulaan (empat perlawanan beraksi penuh 90 minit), beliau telah menjaringkan empat gol dan menghasilkan enam bantuan gol.

Sumbangan Ramsey itu membuatkan beliau berada dalam senarai Top 5 penjaring dan bantuan gol terbanyak Arsenal pada musim tersebut.

Top 5 penjaring dan bantuan gol Arsenal musim 2018/19.

Lucas Torreira bagikan pelengkap dan jawapan kepada permasalahan musim terakhir Wenger di Emirates.

Kemasukkan Torreira menyelesaikan permasalah bahagian tengah Arsenal.

Dan Emery berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan Torreira.

MUSIM KEDUA

Kemasukan pemain termahal Arsenal ketika ini, Nicolas Pepe serta pemain pinjaman dari Real Madrid, Dani Ceballos mengundang persoalan taktikal Emery.

Emery bagikan terbeban dengan pemain-pemain tersebut dan beliau juga ‘menyingkirkan’ pemain yang menerima gaji tertinggi di Arsenall, Mesut Ozil.

Musim ini juga beliau menggunakan taktikal beliau sebenarnya dan memadamkan terus DNA Arsenal yang ditinggalkan Arsene Wenger.

Namun beliau tersilap kerana DNA peninggalan Wenger bukan sahaja kepada pemain Arsenal sahaja, malahan juga kepada peminat dan penyokong The Gunners.

Penyokong dan peminat The Gunners mewarisi ‘rasa benci’ terhadap kegagalan serta tidak mampu bersabar dengan prestasi hambar pasukan.

Prestasi hambar yang ditinggalkan Wenger pada musim-musim terakhir di Emirates, membuat peminat mahukan pengurus tersebut disingkirkan.

Dan Emery secara tidak sengaja telah mengaktifkan kembali perasaan tersebut serta merta dan peminat serta penyokong kembali dengan perasaan tersebut – tidak mampu lagi bersabar.

Musim kedua juga, Emery menerima kejutan dimana kapten pasukan, Laurent Koscielny bertindak diluar jangkaan dengan menyuarakan hasrat untuk berpindah setelah tidak lagi gembira berada di Emirates.

BACA: Tiada siapa yang menjangkakan keberangkatan saya dari Arsenal

Dan situasi semakin buruk dengan dikatakan berlakunya pergolakan dikalangan pemain yang menentang beliau (Emery) secara diam.

Emery gagal menghadirkan kemenangan buat Arsenal dalam tujuh perlawanan dan kekalahan kepada Eintracht Frankfurt mengakhiri karier beliau bersama Arsenal.

BACA: Arsenal pecat Emery.

Jika diperhalusi, Emery sebenarnya dalam proses membentuk pasukan mengikut kehendak yang bersesuaian dengan taktikal beliau.

Namun pemain-pemain yang dibekalkan kepada beliau ataupun dimilikinya adalah bukan yang diingininya.

Cuma kesilapan beliau adalah gagal melakukan perubahan ketara dari segi prestasi iaitu mencatatkan kemenangan, seri tidak memberi sebarang makan.

Kalah bermakna tamatlah riwayat beliau.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment