Connect with us

Arsenal

Napoli lakukan tawaran pertama untuk Torreira.

Published

on

Tawaran telah dibuat kepada Arsenal dalam beberapa jam terkini menurut laporan.

Napoli telah memecat Carlo Ancelotti minggu lalu selepas pengurus itu berjaya membawa pasukan tersebut layak ke pusingan seterusnya bagi saingan Liga Juara-Juara dengan mengalahkan Genk, 4-0.

Ia dilaporkan secara meluas di Itali sebelum perlawanan yang mana Ancelotti akan mendapat sokongan pihak pengurusan tanpa mengira apa yang berlaku pada perlawanan tersebut, namun beliau kemudiannya dipecat dan digantikan oleh Gennaro Gattuso.

Pun begitu, tiada impak segera dilakukan pengendali baharu mereka dengan Napoli kalah 2-1 di laman sendiri kepada Parma pada hari Ahad.

Advertisement

Sekarang Ancelotti tidak boleh dipersalahkan lagi dengan bahagian tengah pasukan itu perlu dipertajamkan serta diperkemaskan lagi oleh Gattuso.

Edisi hari Isnin, Gazzetta dello Sport melaporkan bahawa pengarah Serie A telah menghubungi Arsenal dan menyerahkan tawaran untuk mendapatkan Lucas Torreira dalam beberapa jam terkini (pada ketika laporan itu diterbitkan).

Lucas Torreira tetap menjadi sasaran Napoli

Tawaran itu akan menyaksikan perpindahan secara pinjaman buat pemain kebangsaan Uruguay itu untuk tempoh 18 bulan, yang mana Arsenal akan menerima bayaran berjumlah € 3 juta.

Pada akhir pinjaman itu, Napoli mempunyai pilihan iaitu pembelian wajib pada nilai € 27 juta.

Gazzetta dello Sport yang mendakwa Napoli telah melakukan tawaran kepada Arsenal untuk mendapatkan Torreira.

Secara kasarnya, ia akan menjadi perpindahan tetap dengan bayaran berjumlah € 30 juta tetapi membenarkan Napoli menggunakan Torreira lebih awal dengan bayaran pendahuluan (diibaratkan begitu) sebelum melangsaikan bayaran penuh kemudian hari.

Arsenal dilaporkan masih belum memberikan sebarang keputusan dengan mereka di Naples kini menunggu untuk melihat apakah jawapan yang akan diberikan oleh pihak dari London.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
2 Comments