Connect with us

Arsenal

Napoli mahukan dua pemain Arsenal.

Published

on

Satu menjadi pemain sasaran utama, satu lagi hanya boleh dilakukan sekiranya ia merupakan pinjaman.

Lucas Torreira telah mengumpulkan minat dari Napoli ketika Gennaro Gattuso ingin memperkuatkan barisan tengahnya bagi menghadapi saingan kedua musim ini.

Lima hari lalu, laporan dari Gazzetta dello Sport, menjelaskan bahawa The Gunners masih belum memberi respon kepada tawaran yang dibuat oleh pasukan Serie A itu.

Perkara itu disebabkan oleh kerana Arsenal sedang ‘menunggu pemain mengatakan sesuatu’ dan Torreira juga sedang berusaha untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek yang akan dijalankan Gattuso di Napoli.

Advertisement

Wartawan Ciro Venerato bercakap kepada La Domenica Sportiva Rai dan memberikan maklumat terkini mengenai pemain berusia 23 tahun itu.

Perkara itu didedahkan pada laman Area Napoli.

Venerato mendakwa pemain Arsenal berada dalam senarai teratas kelab Itali, bersama dengan pemain Brescia, Sandro Tonali.

Walau bagaimanapun, Napoli masih belum membuat sebarang persetujuan ataupun masih gagal mencapai kesepakatan bersama Arsenal dan begitu juga dengan Brescia untuk perpindahan tersebut.

Advertisement

Venerato juga menyebut kelab Naples turut berminat terhadap rakan sepasukan Arsenal Torreira, Granit Xhaka dan Leandro Paredes dari Paris Saint-Germain, tetapi hanya dengan perjanjian pinjaman.

Begitupun, ia sangat tidak mungkin buat pengendali baharu Arsenal, Mikel Arteta akan membenarkan kedua-dua pemain itu meninggalkan Emirates pada bulan Januari.

Advertisement