Napoli masih berminat dapatkan Torreira.

Lucas Torreira tetap menjadi sasaran Napoli
Napoli dilaporkan bakal mengemukakan tawaran berjumlah £ 21 juta untuk Lucas Torreira jika Arsenal menolak tawaran pinjaman.

Torreira masih menjadi sasaran Napoli walaupun Carlo Ancelotti tidak lagi menjadi pengurus mereka.

Sebelum ini, pemain The Gunners itu menjadi sasaran Napoli kerana Ancelotti dilaporkan begitu meminati pemain kebangsaan Uruguay ini dan ingin membawanya ke Itali.

Menurut laporan, Napoli bercadang untuk menawarkan £ 21 juta kepada Arsenal bagi mendapatkan Lucas Torreira jika tawaran mereka untuk meminjamkan pemain itu ditolak The Gunners.

Torreira disisihkan pada musim kedua bersama Arsenal sebelum kelab memecat Unai Emery dan beliau mengakui bahawa kehidupannya di London tidak lagi gembira.

Namun kini, dengan ketiadaan Emery, beliau perlu membuktikan kehebatan dirinya kepada pengendali sementara, Freddie Ljungberg.

Setakat ini, Torreira telah bermain 90 minit dalam aksi Liga Perdana buat pertama kalinya musim ini di bawah Ljungberg, namun Il Mattino mendakwa Napoli akan berusaha keras untuk mendapatkan pemain itu dengan cuba menandatanganinya pada Januari nanti.

Dilaporkan bahawa mereka akan cuba membuat tawaran pinjaman terlebih dahulu dan sekiranya ditolak, pihak pengurusan Napoli sedia melakukan bidaan dengan menawarkan £ 21 juta kepada Arsenal.

Sementara itu Torreira menjelaskan matlamat utamanya untuk masa depan adalah untuk terus bermain (beraksi lebih kerap).

Matlamat saya untuk masa depan adalah untuk bermain, saya baru 23 tahun.

Semua pemain bolasepak mahu bermain, bersaing, untuk berjuang demi kelab anda, saya mahu membantu rakan sepasukan saya untuk mencapai sasaran kami musim ini,” katanya.

Perkara utama bagi saya adalah untuk menyesuaikan diri dengan tempo di sini.

Ketika saya tiba, saya merasakan seperti saya kekurangan sesuatu, seperti permainan dimainkan pada tahap yang lebih laju [pantas].

Tetapi saya bekerja keras, menunjukkan dedikasi dan dengan bantuan semua orang di kelab, saya kini setanding dengan rakan sepasukan dan lawan saya.

Sekarang, saya berasa sangat selesa.

Dari segi teknikal, saya fikir saya telah bertambah baik dan belajar begitu banyak perkara.

Ini disebabkan saya dikelilingi pemain berkaliber dan berlatih bersama setiap hari.

Dan ia juga bergantung pada tahap lawan yang saya akan tandingi setiap hujung minggu.”

Dalam pada itu, Napoli turut mengumumkan Gennaro Gattuso sebagai ketua jurulatih baharu mereka.

Yang tak tahannya, Gattuso ini boleh pulak ikut trend Malaysia, selepas 18 kali tolak, kali ke-19 tidak mampu menolak lagi tawaran yang hadir.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment