Neymar jadi keutamaan Barcelona.

Barcelona meletakkan keutamaan untuk mendapatkan Neymar pada musim panas akan datang.

Malah bintang PSG itu juga mahu berpindah ke Camp Nou dengan bayaran perpindahan kini sedang diperhalusi.

Barcelona gagal menandatangani Neymar pada musim panas lalu dan bintang Paris Saint-Germain itu terus kekal berada dalam radar mereka.

Mundo Deportivo mendakwa pemenang dan juga pemimpin La Liga itu akan mula merancang perpindahan musim depan selepas Krismas dan pemain Brazil itu dijangka menjadi sasaran utama mereka.

Ia mendakwa kelab Catalan akan terus memantau perkembangan pemain itu sehingga akhir musim ini untuk melihat sama ada Neymar akan mengekalkan prestasi pada peringkat tertinggi, tidak membuat perkara bodoh dan menghindari dari mengalami kecederaan.

Neymar pula dikatakan mahu meninggalkan juara Ligue 1 pada jendela perpindahan lalu dan walaupun telah meminta kebenaran pemilik PSG, Kumpulan Qatari untuk meluluskan perpindahannya, namun tidak ada kesepakatan yang dicapai.

Walau bagaimanapun, keadaan akan berbeza selepas kempen ini kerana klausa dalam Peraturan FIFA – ‘Regulations on the Statute and Transfer of Players‘ ataupun tempoh perlindungan pemain.

BACA: Regulations on the Statute and Transfer of Players – FIFA

Klausa itu hanya terpakai jika pemain telah melengkapkan tempoh tiga tahun / musim di kelab dan tidak menandatangani sebarang kontrak lanjutan sepanjang tempoh itu.

Tempoh perlindungan, FIFA – Regulations on the Statute and Transfer of Players

Barcelona telah membuat perkiraan mengenai harga yang boleh diterima bagi mendapatkan Neymar selepas ‘Tempoh Perlindungan’ berakhir dan Mundo mendakwa ia ditetapkan pada €180 juta.

Laporan Mundo mengenai Neymar.

Mereka (Barcelona) berharap mampu mengumpul dana perpindahan bagi mendapatkan Neymar dengan menjual Philippe Coutinho, yang kini bersama Bayern Munich secara pinjaman.

Barcelona sedia korban Coutinho demi Neymar.

Neymar mahu perpindahan itu berlaku dan bertekad untuk kembali ke Camp Nou.

Sekiranya dia menyertai juara Sepanyol, pemain berusia 27 tahun itu akan dibayar gaji yang sama dengan apa yang diterimanya ketika menandatangani pembaharuan kontrak bersama Barcelona pada 2017.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment