Connect with us

Arsenal

Nicklas Bendtner dilepaskan oleh kelab Copenhagen

Published

on

Bekas penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner dilepaskan oleh Copenhagen FC pada penghujung tahun ini.

Dia menyertai kelab Denmark tersebut pada separuh musim kedua liga utama negara Scandinavia pada September lepas, namun keberadaannya di dalam kelab tersebut tidak menjadi seperti yang diharapkan kedua-dua pihak.

Nicklas Bendtner

Dia hanya membuat enam penampilan dan menjaringkan satu gol dalam semua kejohanan sepanjang tempohnya di kelab.

“Saya berasa bangga dapat bermain untuk FCK dan menjaringkan satu gol di Telia Park [dalam Piala Sydbank] yang merupakan salah satu impian saya sebagai pemain bolasepak,” kata pemain berusia 31 tahun itu.

“Tiada kesangsian bahawa saya juga mengimpikan untuk bermain lebih banyak minit permainan dan mendapatkan tawaran lebih lama.

Advertisement

“Tetapi saya menghormati keputusan yang dibuat oleh Stale [Solbakken], dan tidak pernah menyesal selama saya berada di sini.

“Saya perlu memikirkan mengenai masa depan saya, samada mahu mencari cabaran baru di dalam dunia bolasepak atau berhenti dan mencari pengalaman baru dalam hidup.”

Pengurus kelab, Stale Solbakken juga memuji penyerang tersebut, walaupun kurang penglibatannya dalam skuad musim ini.

“Kami sangat gembira dengan Nicklas dan sumbangannya kepada skuad, di dalam bilik persalinan dan padang latihan,” katanya.

Advertisement

“Dia telah membantu skuad dan pemain-pemain muda dalam kehidupan seharian dengan pengalamannya sebagai pemain bolasepak.

“Dia mungkin terasa sedikit mengenang hala tujunya kini, tetapi dia mengatasinya dengan cara profesional.

“Dia seorang rakan sepasukan yang bagus, memberikan sokongan dan memberi sokongan terhadap keputusan perlawanan kami, walaupun berasa kecewa tidak dapat bermain lagi.

“Kami melakukan perbincangan yang baik dan jujur, dan kami juga sudah bersetuju bahawa sukar untuk Nicklas untuk meneruskan motivasi bermain dengan masa permainan yang terhad di sini pada masa akan datang.”

Advertisement

Bendtner meninggalkan negara kelahiran pada tahun 2004 untuk menyertai akademi Arsenal, dan telah membuat 171 penampilan bersama the Gunners sehingga pengakhiran kariernya di Stadium Emirates pada 2014.

Dia juga telah menjaringkan 47 gol, membuat 22 assist dalam semua kejohanan dalam tempoh tersebut.

Meraikan jaringannya menentang Tottenham Hotspur pada 2007, 6 saat selepas dimasukkan sebagai pemain gantian

Bendtner telah dipinjam ke Birmingham City, Sunderland, dan Juventus sebelum berpindah secara tetap ke Wolfsburg pada musim panas 2014.

Selepas itu, dia menyertai kelab Championship, Nottingham Forest dan kelab Norway, Rosenborg sebelum kembali ke negara kelahirannya.

Secara keseluruhan, dia menjaringkan 114 gol dalam 417 penampilan karier seniornya di peringkat kelab.

Advertisement

Di peringkat antarabangsa, dia berjaya mendapat 81 cap antarabangsa dan menjaringkan 30 gol untuk Denmark.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply