Ozil bukan setakat pemain bolasepak yang hebat.

Mesut Ozil
KENYATAAN berani Ozil dalam menarik perhatian dunia mengenai penganiayaan terhadap umat Islam di China cetus pelbagai reaksi.
  • Arsenal menjauhkan diri dari komen Mesut Özil mengenai nasib Uighurs.

Mesut Ozil tidak pernah lekang dari isu-isu politik yang disuarakan dan ditonjolkan dengan berani akhir-akhir ini.

Bermula dengan isu bergambar dengan Presiden Turki yang menyebabkan dirinya hampir menemui penamat dalam karier bolasepaknya serta menyebabkan beberapa penaja menamatkan kontrak bersama beliau.

Kini Ozil sekali lagi menyuarakan isu politik dimana beliau dan dengan begitu berani mendedahkan mengenai penindasan masyarakat Muslim di China.

Luahan dan kenyataan beliau itu di paparkan pada laman sosial Instagram peribadi beliau yang mempunyai lebih 21 juta pengikut dan mendapat reaksi ‘like’ melebihi 319k (setakat artikel ini ditulis), sudah tentu akan menarik perhatian dunia.

Lebih-lebih lagi beliau merupakan seorang pemain bolasepak terkenal dunia.

View this post on Instagram

#HayırlıCumalarDoğuTürkistan 🤲🏻

A post shared by Mesut Özil (@m10_official) on

Ozil telah menambah suaranya kepada gelombang kemarahan masyarakat antarabangsa mengenai layanan terhadap kaum Uighur, minoriti Muslim yang berbahasa Turki yang telah dikenakan tindakan penganiayaan agama dan etnik oleh pihak berkuasa China.

Lebih kurang 10 juta penduduk di Xinjiang dan terdapat dakwaan bahawa lebih satu juta daripada mereka telah ditahan di kem-kem tahanan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tampalan Ozil pada laman sosial beliau itu menyenaraikan pelbagai isu yang dihadapi oleh masyarakat Uighurs di China, menggesa masyarakat Islam lain yang hanya berdiam diri mengenai perkara itu untuk bangkit bersama menyebarkan kesengsaraan yang dihadapi kaum minoriti itu.

Mesej Instagramnya dibaca :

Turkestan Timur
Luka pendarahan ummah
Masyarakat Mujahidin yang menentang penganiayaan
Para mukmin yang mulia yang berperang bersendirian melawan mereka yang cuba memisahkan mereka dari Islam.

Al-Quran dibakar, masjid ditutup, madrasas diharamkan, sarjana agama dihapuskan satu persatu.

Saudara-saudara lelaki dipaksa ke dalam kem (tahanan) dan keluarga mereka terpaksa tinggal bersama lelaki Cina.

Wanita terpaksa berkahwin dengan lelaki Cina.

Walaupun semua ini
Ummah Muhammad diam
Tidak membantah / mengatakan apa-apa
Umat ​​Islam tidak disokong

Tidakkah mereka tahu bahawa persetujuan terhadap penganiayaan itu adalah penganiayaan

Betapa baiknya Hz. Ali berkata: “Jika kamu tidak dapat menghalang penganiayaan, membuatnya diketahui umum!”

Walaupun peristiwa-peristiwa ini telah tersisa dalam agenda walaupun dalam media Barat dan negeri selama berbulan-bulan dan minggu, di manakah negara-negara Muslim dan media mereka?

Tidakkah mereka tahu bahawa kekal neutral apabila penganiayaan dijalankan adalah kezaliman?

Tidakkah mereka tahu bahawa apa yang saudara-saudara kita akan ingat tentang hari-hari yang sedih / sukar ini kemudian hari bukanlah penyeksaan para zalim, tetapi kesunyian kita (tidak menghiraukan mereka), saudara-saudara Islam mereka?

” Ya Allah, tolonglah saudara-saudara kita di Turkestan Timur”

Tiada sangsi, Allah adalah perancang terbaik.

#JummahMubarakEastTurkestan

– Mesut Ozil –

Adakah Ozil akan dikenakan tindakan dalam apa cara jua oleh Arsenal?

Dengan Arsenal mengalami ‘kerosakan’ ketika ini, adakah pendangan peribadi Ozil akan menambahkan kerosakan kepada Arsenal?

Yang pasti beliau akan dikecam daripada mereka yang tidak menyukainya susulan tindakan beliau itu yang melibatkan diri dalam isu-isu politik.

Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dari Arsenal diterbit pada laman Twitter, Instagaram dan juga laman rasmi kelab, namun menurut laporan The Guardian, Arsenal telah menjelaskan perkara tersebut pada applikasi Weibo dengan menyatakan:

“Regarding the comments made by Mesut Özil on social media, Arsenal must make a clear statement,” it read. “The content published is Özil’s personal opinion. As a football club, Arsenal has always adhered to the principle of not involving itself in politics.”

The Guardian

Bagi penulis, Ozil bukanlah setakat pemain bolasepak yang handal, malah beliau merupakan seorang yang berani bersuara dalam isu-isu politik dengan menggunakan kelebihan dirinya.

Semoga Ozil terus dimurahkan rezeki dan bahagia dalam kehidupan sehariannya.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Seruan Ozil dapat sokongan NGO Dunia. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners