Connect with us

Arsenal

Ozil semakin hampir tinggalkan Arsenal.

Published

on

Mengikut dakwaan Fotomac, Fenerbahce adalah ‘sangat’ hampir untuk mengesahkan ketibaan pemain Arsenal, Mesut Ozil.

Pemain berusia 31 tahun itu kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Turki sejak beberapa bulan lalu.

Dan jika laporan Fotomac itu boleh dipercayai, ada kemungkinan besar dia akan menyertai pasukan Super Lig tidak lama lagi.

Menurut akhbar Turki, pengarah sukan Fenerbahce, Damien Comolli telah berada di London minggu lalu bagi berunding dan melengkapkan perpindahan Ozil,

Advertisement
Laporan Fotomac mengenai Ozil

Serta mereka turut melaporkan dimana hanya terdapat beberapa perkara kecil yang masih belum dimuktamadkan.

Ozil dilaporkan akan menyertai kelab itu dalam perjanjian pinjaman yang akan tamat pada akhir musim depan dan Arsenal sangat berminat untuk membuat persetujuan itu berlaku kerana mahu melepaskan pemain tersebut.

Fotomac juga menyatakan masalah yang ditimbulkan Ozil baru-baru ini dengan kerajaan China, memaksa pemain itu berpindah dari Arsenal.

Hanya kelab MLS atau Fenerbahce dipercayai merupakan destinasi yang mungkin buat Ozil.

Keinginan Ozil untuk berpindah ke Turki dengan isterinya mungkin akan menjadi faktor yang sangat penting dan Fenerbahce mengharapkan pemain itu akan menyertai mereka pada bulan Januari nanti.

Advertisement
Amine Gulse bersama Ozil.
Info Ringkas mengenai isteri Ozil, Amine Gules.

Amine Gulse, seorang pelakon, model, dan pemenang Miss Turkey 2014.

Dilahirkan pada 30hb April 1993, dimana ibunya adalah keturunan Turki dan ayahnya pula berketurunan Irag-Turki, beliau dibesarkan di Sweden.

Gulse turut mencipta nama dan terkenal kerana penampilannya sebagai peneraju utama (wanita) bagi Asla Vazgeçmem, sebuah drama bersiri televisyen Turki yang popular mengenai cinta.

Advertisement