Pemain Arsenal desak BOD untuk tidak melantik Mikel Arteta dan meminta Carlo Ancelotti.

Mikel Arteta
Beberapa pemain Arsenal telah mendekati ahli lembaga kelab (BOD) untuk menyuarakan kebimbangan mengenai pelantikan yang dicadangkan oleh The Gunners terhadap Mikel Arteta, menurut laporan.

Arteta dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan para eksekutif Arsenal di Manchester lewat malam Ahad untuk membincangkan perpindahan ke Emirates dan difahamkan kesepakatan itu hampir dimuktamadkan.

Beliau yang juga merupakan calon kegemaran untuk menggantikan Arsene Wenger pada 2018 tetapi The Gunners memutuskan untuk melantik Unai Emery.

Arteta, 37 tahun menghabiskan lima tahun di utara London dan menguruskan kelab itu dipercayai menjadi ‘pekerjaan impiannya’.

Bagaimanapun, kesepakatan itu boleh diketepikan selepas beberapa pemain senior menimbulkan kebimbangan mengenai kekurangan pengalaman beliau.

Dan kelayakan Arterta untuk menguruskan kelab besar dalam langkah pertamanya ke dalam pengurusan turut dipersoalkan.

Walaupun terdapat rasa hormat yang tinggi terhadap Arteta, namun Mirror mendakwa skuad Arsenal setuju bahawa mereka memerlukan seorang pengurus yang berpengalaman dan Carlo Ancelotti dikatakan menjadi pilihan mereka.

Pengalaman Carlo Ancelotti ditagih sebahagian pemain Arsenal yang mahukan khidmat beliau berbanding Arteta.

Pengendali Itali itu telah memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara sepanjang kariernya yang penuh dengan trofi dan pengalamannya ditagih oleh anggota senior The Gunners.

Bagaimanapun, Ancelotti dipercayai dalam perbincangan dengan Everton dan Arsenal perlu bergerak pantas untuk mengelakkan bekas pengendali Chelsea itu berpindah ke Goodison Park.

Sementara itu, Arteta tetap menjadi pilihan utama pegawai eksekutif Arsenal dan pembantu Pep Guardiola itu dijangka akan mengadakan rundingan kedua dengan pegawai kelab pada malam Isnin setelah terkesan dalam pertemuan sebelumnya.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Arsene Wenger has already backed Mikel Arteta for the Arsenal job and dismissed concerns about the Spaniard’s inexperience.
  2. Abang Aubameyang kecewa dan marah dengan keputusan Arsenal. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners
  3. Respon Ian Wright kepada mereka yang tidak yakin dengan Arteta. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners