Connect with us

Arsenal

Peminat Arsenal China bakar baju (jersi) Ozil tanda kemarahan kepada pemain Arsenal ini.

Published

on

PEMINAT dan penyokong Arsenal China bertindak membakar jersi Mesut Ozil susulan isu yang dibangkitkan pemain itu mengenai Xinjiang.

Mesut Ozil mempunyai 4 juta pengikut pada laman microblog China, Weibo.

Susulan posting beliau pada laman Instagram yang menyelar tindakan masyarakat Muslim yang berdiam diri terhadap penindasan yang berlaku di Xinjiang, beliau kini digelar sebagai ‘ancaman’ dan dianggap menyerang China.

Malah laman kelab peminat Mesut Ozil – M10 di China telah ditutup, serta akaun media sosialnya di laman web negara itu, Weibo dan Douyin dipadam dan semua jejak namanya dikeluarkan dari enjin carian Baidu, menurut The Athletic.

Advertisement
Weibo antara laman sosial terbesar China setelah negara tersebut mengharamkan Facebook.

Editorial The Global Times, yang mempunyai hubungan rapat dengan Parti Komunis China yang memerintah, memberi komennya sebagai ‘badut‘ dan memberi amaran bahawa langkah itu akan memberikan implikasi serius kepada Arsenal.

Manakala menurut laporan The Guardian, peminat bolasepak China telah membakar jersi Mesut Ozil dan menyeru Arsenal untuk membuang pemain itu selepas kritikan secara terbuka dibuat pemain itu mengenai layanan orang Islam di Xinjiang.

Malah laporan itu turut mendedahkan mengenai kekecewaan peminat Arsenal China yang menganggap tindakan Ozil bagaikan melakukan serangan terhadap China.

“Do you know how Arsenal fans in China have spent the last two days?” one former fan posted on his Instagram profile. “They are struggling to understand how the club and idol they once loved has turned out to be a rumourmonger. Of course, if you intend to attack China, you are as insignificant in our hearts as dirty ants.” The Guardian.

Dan seorang lagi peminat Arsenal China pula menyarankan agar Ozil lebih memberi tumpuan kepada bolasepak serta berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan ataupun pandangan.

“Sebagai peminat bolasepak China, saya sangat kecewa.

Advertisement

Kenapa anda tidak boleh memberi tumpuan kepada bermain bolasepak?

Sebagai individu ternama , anda seharusnya tahu apa yang boleh anda katakan, apa yang boleh anda lakukan dan sedar akan akibatnya.

Ciapan Ozil yang mencetuskan kemarahan peminat Arsenal China.

Menurut penjelasan Ayman Rashdan Wong, tindakan Ozil itu mencetuskan kemarahan penduduk China bukan kerana isu layanan masyarakat Islam di Xinjiang, tapi ianya lebih kepada serangan dengan (bagai) mengiktiraf kemerdekaan Xinjiang dari China.

“Hayırlı Cumalar Doğu Türkistan” (Salam Jumaat Turkistan Timur) Mesut Özil yang kena kecam teruk dekat China.

“Bukan saja TV kerajaan batalkan siaran perlawanan Arsenal v. Man City, penyokong Özil sendiri pun kecam dia, tutup fan page dia kat Baidu Tieba terus.

Advertisement

” Untuk makluman, “Doğu Türkistan” atau “East Turkestan” (Turkistan Timur) ialah nama yang dicadangkan oleh nasionalis Uyghur sekiranya Xinjiang merdeka daripada China.

“Dalam Bahasa Turki, Xinjiang ialah “Sincan”. Bila kau sebut “East Turkestan”, seolah-olah kau memberi pengiktirafan kepada gerakan-gerakan untuk memerdekakan Xinjiang.

“Latar belakang yang warna biru tu ialah bendera “Gök Bayrak” yang dipakai oleh gerakan East Turkestan.

“Sama dengan bendera Turki sebab orang Uyghur dan orang Turk serumpun (rumpun “Turkic”).

Advertisement

“Atas semangat serumpun (“Pan-Turkism”), ramai di Turki menyokong gerakan East Turkestan termasuk parti nasionalis seperti MHP dan sayap pemudanya “Grey Wolves”.

“Kalau menurut netizen China, depa bukan marah sangat kat Özil sebab komen pasal layanan terhadap Uyghur, tapi lebih kepada tindakan memanggil Xinjiang sebagai “East Turkestan” dan mempamerkan Gök Bayrak. ”

Advertisement