Connect with us

Arsenal

Pencarian pengendali baharu Arsenal dipertingkatkan.

Arsenal tingkatkan usaha pencarian pengendali baharu, beri tumpuan kepada calon yang boleh didapati segera.

Published

on

Arsenal tingkatkan usaha pencarian pengendali baharu, beri tumpuan kepada calon yang boleh didapati segera.

The Gunners telah meningkatkan proses mengenalpasti pengganti kekal kepada Unai Emery yang dipecat baru-baru ini dan akan mengadakan temuduga pertama untuk calon bagi mengisi kekosongan tersebut.

Pihak pengurusan kelab minggu ini telah berbincang mengenai jurulatih berpotensi, dengan tumpuan kini ditempatkan pada calon yang tidak terikat dengan mana-mana pasukan.

Serta calon yang dikehendaki ataupun menjadi keutamaan adalah mereka yang dapat melaksanakan tugas pada musim ini, dengan kadar segera.

Advertisement

Pencarian pengendali baharu akan diketuai oleh Pengarah Teknikal, Edu yang akan dibantu oleh Ketua Bolasepak, Raul Sanlleh serta Pengarah Operasi Bolasepak, Huss Fahmy termasuklah Pengarah Urusan, Vinai Venkatesham.

Arsenal telah meluaskan pencarian mereka dalam memburu jurulatih baharu, yang perlu mendapat kelulusan daripada empat eksekutif tersebut sebelum ditawarkan peranan itu.

Tetapi terdapat juga khabar angin yang mana jurulatih sementara, Freddie Ljungberg akan diberikan peranan tersebut sehingga akhir musim ini untuk membuktikan kewibawaannya sendiri.

Pun begitu, lesen yang dimiliki Ljungberg ketika ini menimbulkan persoalan adakah beliau mampu untuk memikul peranan tersebut?

Advertisement

Kisah tersebut kami laporkan hujung bulan lalu : Masalah lesen Ljungberg halang beliau jadi pengendali tetap.

Tempoh pemecatan Emery juga menjadi satu faktor dimana ianya menjelang jadual perlawanan yang padat serta menjelang musim perayaan (Krismas), dan ini menjadikannya lebih sukar buat eksekutif kelab untuk mencari pengganti segera.

Jalan terbaik adalah memberi peluang kepada Ljungberg sehingga akhir musim ini dan itu juga akan memberi lebih banyak masa untuk mengenal pasti calon yang sesuai dengan projek jangka panjang kelab dan struktur yang telah dibangunkan semula.

Laporan media pada hujung minggu ini mendedahkan bahawa Mauricio Pochettino adalah antara calon pilihan Arsenal dan calon lain seperti Mikel Arteta dan Max Allegri juga dikatakan berada dalam senarai tersebut.

Advertisement

Dan sebelum ini juga media Perancis turut melaporkan bahawa pengendali Wolves, Nuno Espirito Santo menjadi pilihan utama Arsenal walaupun ianya dilihat untuk musim depan.

Siapa calon yang menjadi pilihan untuk dilantik bagaimanapun perlu mendapat kelulusan (tandatangan) Pengarah Arsenal, Josh Kroenke, anak kepada pemilik kelab Stan Kroeke, yang semakin aktif melibatkan diri dalam menguruskan perjalanan kelab.

Josh (kiri) dan Stan Kroenke.

Josh Kroenke berkata minggu lalu dia akan bekerja rapat dengan Edu, Sanllehi, Fahmy dan Venkatesham mengenai pengambilan jurulatih baru tetapi difahamkan dia tidak akan terlibat secara langsung dalam proses temuduga.

Edu dan Sanllehi akan memimpin aspek perekrutan dan peranan teknikal kelab dengan keputusan untuk memecat Emery dan melantik pengganti baharu sebagai intervensi pertama Edu dalam peranannya sejak menyertai kelab pada musim panas tahun ini.

Manakala Kroenke pula dalam kenyataan beliau minggu lalu berkata bahawa Arsenal akan melakukan pencarian teliti dan menegaskan bahawa proses itu adalah mengenai mencari calon yang tepat berbanding calon pertama.

Advertisement