Connect with us

Arsenal

Pengadil rompak kita.

Published

on

Arsenal tewas dilaman sendiri 1-2 kepada Chelsea malam tadi.

Pedih sememangnya pedih… dan kalah tetap kalah.

Namun apa yang boleh dikatakan adalah kemenangan pihak lawan sedikit dibantu oleh keputusan pengadil.

Craig Pawson, pengadil perlawanan malam tadi telah melayangkan sembilan kad kuning dengan lima kepada pemain Arsenal dan baki empat lagi kepada pemain Chelsea.

Advertisement
Craig Pawson mengecewakan peminat dan penyokong Arsenal untuk menyaksikan kemenangan pertama Arteta.

Arsenal pada separuh masa pertama beraksi dengan cukup cemerlang dan mendahului perlawanan 1-0 hasil jaringan Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-13.

Persembahan mantap Arsenal turut disokong dengan prestasi cemerlang Mesut Ozil yang diberi peranan pada posisi kegemaran beliau, no.10.

Arteta tidak bercakap kosong apabila berkata akan mengeluarkan yang terbaik dari Ozil dan buktinya, dua perlawanan dibawah kendalian beliau, perancang berbisa Arsenal itu mempamerkan sentuhan kreatifnya, yang lama tidak disaksikan oleh peminat dan penyokong The Gunners.

Manakala pada bahagian tengah, walaupun ketiadaan Xhaka, namun prestasi Lucas Torreira turut menyaksikan peningkatan dan gandingan beliau pada malam tadi, Matteo Guendouzi turut cemerlang.

Boleh dikatakan Arteta telah memberi nafas baru pada bahagian tengah dan serangan Arsenal.

Advertisement

Namun dengan barisan pemain yang ada, sukar buat beliau untuk memperkemaskan lagi barisan pertahanan yang sememangnya bermasalah.

Pun begitu, prestasi barisan pertahanan juga dilihat semakin baik.

Chelsea turun dengan kesebelasan utama yang bernilai €485.6 juta pada pasaran semasa berbanding Arsenal hanya bernilai €372.2 juta.

Kesebelasan utama Arsenal vs Chelsea

Putara umur kedua-dua pasukan malam tadi tidaklah begitu jauh berbeza apabila Arsenal dengan 25.6 tahun dan Chelsea dengan purata 25.8 tahun.

Selain itu Chelsea mempunyai barisan pemain simpanan yang jauh lebih berkualiti berbanding Arsenal.

Advertisement
Barisan permulaan Arsenal (4-2-3-1):

Leno | Saka, David Luiz, Chambers, Maitland-Niles | Guendouzi, Torreira | Aubameyang, Özil, Nelson | Lacazette

Pemain simpanan: Martinez, Mustafi, Mavropanos, Willock, Smith Rowe, Pepe, John-Jules

Barisan permulaan Chelsea (3-4-3):

Arrizabalaga | Tomori, Zouma, Rüdiger | Emerson, Kovačić, Kanté, Azpilicueta | Mount, Abraham, Willian

Pemain simpanan : Caballero, Christensen, Lamptey, Jorginho, Barkley, Hudson-Odoi, Batshuayi

Advertisement

Sebelum menyalahkan pemain-pemain Arsenal yang dikatakan bermain ‘cam gam*^*!’, harus diingat bahawa itulah pemain yang kita (penyokong dan peminat Arsenal) miliki ketika ini.

Dan mereka (para pemain) telah melakukan yang terbaik dan layak dipuji.

Babak pertama, walaupun Chelsea menguasai padang, namun dari segi percubaan, Arsenal lebih banyak melakukan serangan dan percubaan sehinggakan berjaya menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Statistik separuh masa pertama

Hasil serangan dan tekanan yang diberikan Arsenal pada separuh masa pertama, menyaksikan pemain-pemain Chelsea banyak melakukan kesalahan sehinggakan tiga kad kuning dilayangkan kepada mereka.

Kad kuning pada babak pertama.

Mungkin ada yang mempersoalkan mengapa Arteta mengeluarkan Ozil pada minit ke-75 dan memasukkan Joseph Willock dan kenapa Lampard memasukkan Jorginho setelah skuad mereka gagal berfungsi.

Lampard menyedari sistem (3-4-3) mereka gagal berfungsi dan memasukkan Jorginho untuk menggantikan Emerson, dan menukar formasi mereka kepada 4-3-3.

Advertisement

Azpilicueta bertukar ke kiri (bek kiri) dan Tomori ke bahagian kanan.

Perubahan yang dibuat Lampard jelas bagi mengimbangi serangan dan tekanan kuat yang diberikan Arsenal pada separuh masa pertama.

Manakala Arteta, tidak mempunyai banyak pilihan pada barisan pemain simpanan dan kecederaan Calum Chambers membuatkan perancangan beliau sedikit terencat.

Mengeluarkan Ozil dilihat satu tindakan yang tepat oleh Arteta setelah pasukan begitu kuat ditekan lawan pada (bermula) separuh masa kedua.

Advertisement
Statistik separuh masa kedua.

Sudah pasti pasukan yang ditekan akan seringkali melakukan kesalahan dan ini dapat disaksikan pada separuh masa kedua, empat pemain Arsenal telah dilayangkan kad kuning berbanding Chelsea hanya satu, iaitu kepada Jorginho pada minit ke-55.

Menjadi persoalan, tindakan pengadil perlawanan Craig Pawson benar-benar mengecewakan apabila melayangkan kad kuning kepada Lacazette pada minit ke-73 dan sepatutnya adalah kepada pemain Chelsea.

Lacazette menerima kad kuning hanya kerana mempersoalkan keputusan pengadil.

Lacazette dilayangkan kad kuning hanya kerana bertengkar (mempersoalkan) tindakan pengadil yang membiarkan Jorginho terlepas selepas mengasari Guendouzi.

Jorginho menarik tangan Guendouzi

Craig Pawson tidak melayangkan kad kuning kedua untuk Jorginho yang jelas melakukan kekasaran kepada Guendouzi, yang mana tindakan pemain tengah Chelsea itu menghalang ataupun menghentikan serangan yang cuba dilakukan Arsenal.

Jorghinho sepatutnya menerima kad kuning kedua ekoran tindakannya itu.

Rata-rata penyokong Arsenal jelas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil itu yang melepaskan Jorginho, yang menyamakan kedudukan lima minit kemudian.

Pawson dikritik hebat oleh peminat dan penyokong Arsenal.

Secara keseluruhannya, pemain-pemain Arsenal telah beraksi dan melakukan terbaik, cuma dikecewakan dengan tindakan pengadil yang gagal mengawal perlawanan dengan baik dan adil.

Situasi mungkin berubah sekiranya pemain Chelsea itu dilayangkan kad kuning kedua -kad merah.

Jorginho bernasib baik terlepas daripada layangan kad kuning kedua.

Tahniah pengadil dan Jorginho serta Chelsea.

Advertisement