Pengulas perlawanan di China enggan sebut nama Mesut Ozil

Nama Mesut Ozil tidak disebut oleh pengulas perlawanan di China semasa menyaksikan Arsenal seri 1-1 lawan Bournemouth.

Pihak penyiaran di China tidak menunjukkan perlawanan Arsenal di televisyen sebagai reaksi terhadap komen Mesut Ozil di dalam media sosialnya, mengkritik penindasan Muslim Uighur di China.

Mereka juga menyebut setiap nama pemain kesebelasan utama the Gunners kecuali Ozil.

Nama pemain Jerman tersebut langsung tidak dibicarakan sepanjang perlawanan, termasuk ketika dia digantikan pada separuh masa kedua.

Ozil juga telah dibuang dari permainan video Pro Evolution Soccer (PES) versi 2020 di China.

Dalam post akaun Twitter dan Instagramnya, Ozil telah menggelar Uighurs “Wira yang menentang penindasan” selepas laporan United Nations menyatakan terdapat lebih dari seribu Uighurs telah ditahan di pusat tahanan, juga menuduh kerajaan China telah membakar Al-Quran dan meruntuhkan masjid-masjid.

China telah membidas kembali dakwaan tersebut. Menteri luar negara China mengatakan Ozil telah salah faham mengenai isu ini dan telah mengajaknya datang ke wilayah tersebut.

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris risau kehilangan kemasukan jutaan pound menerusi tayangan perlawanan dan tajaan dari China selepas syarikat penyiaran negara tersebut, CCTV masih enggan menayangkan perlawanan melibatkan Arsenal.

Be the first to comment