Penjelasan Unai Emery mengenai Mesut Ozil

Unai Emery membuka cerita mengenai sikap Mesut Ozil semasa dia menjadi pengurus Arsenal.

Dia mendakwa pemain Jerman tersebut tidak mempunyai ciri-ciri yang diperlukan bersesuaian dengan gaya permainannya.

Pengurus berusia 48 tahun tersebut telah dipecat pada bulan lepas, dan prestasi permainan Ozil sangat memeningkan kepalanya sebelum pemecatannya.

Unai Emery dan Mesut Ozil

Dalam temuramah pertamanya, yang dilakukan sejurus perlantikan Mikel Arteta sebagai ketua jurulatih baru Arsenal, Emery memberi bayangan bahawa Ozil merupakan cabaran paling sukar untuk dia hadapi semasa berada di kelab utara London itu.

Persembahan Ozil di bawah tahap sebenarnya masih lagi jelas kelihatan di bawah pengendali sementara Freddie Ljungberg, sehingga menimbulkan khabar angin bahawa dia akan keluar dari kelab dengan kontrak pinjaman.

Emery mengakui kualiti yang dimiliki Ozil, namun dia juga percaya Ozil terlalu bergantung dengan pemain lain di sekelilingnya.

“Terdapat beberapa perlawanan yang anda dapat saksikan kebijaksanaan Mesut, melibatkan dengan serangan pasukan, tetapi saya juga harus mencari pemain-pemain di sekelilingnya supaya dia berasa lebih selesa,” kata Emery kepada BBC Sport.

“Pasukan juga perlu berasa mantap. Apabila anda perlu, sedikit demi sedikit, membina pasukan yang agresif, tegang, juga mempunyai struktur untuk melakukan tekanan dengan baik…dan mencari ruang untuk Mesut.

“Ozil seorang pemain yang sangat penting jika anda boleh mencari jalan untuk dia bekerja dengan para pemain yang lain.

“Dia mempunyai bakat untuk membenarkan pemain-pemain lain menjadi lebih baik, tetapi dia tidak mempunyai kualiti terbaik untuk bermain tekanan yang lebih agresif.

Raul Sanllehi [Ketua Bolasepak] mendakwa pemain berusia 31 tahun tersebut perlu bekerja lebih keras di padang latihan untuk mendapatkan tempat kesebelasan utama dengan lebih kerap, walaupun Ozil akhirnya memenangi ‘perang’ dengan Emery setelah melalui tujuh perlawanan tanpa kemenangan.

Be the first to comment