Pepe akui pemecatan Emery ‘menyakitkan’ baginya.

Pepe Akui Pemecatan Emery ‘menyakitkan’ Baginya.
Penyerang dan juga pemain sayap Arsenal itu mengakui pemecatan Emery adalah ‘menyakitkan’ baginya dan memahami kritikan, tahu dia akan bertambah baik.

Berikutan pemecatan Unai Emery minggu lepas, semuanya kini terletak pada bahu Freddie Ljungberg sama ada beliau mampu ataupun tidak memulihkan keadaan Arsenal.

Walaupun buat sementara, namun harapan untuk menyaksikan beliau mengubah keadaan Arsenal sebagaimana dilakukan Ole Gunnar Solskjaer ketika pertama kali mengendalikan Manchester United tetap ada (harapan).

Namun selepas mengharungi dua perlawanan, ia masih belum berlaku walaupun pada perlawanan pertama (menentang Norwich) terdapat sinar yang memberi harapan akan kebangkitan Arsenal dibawah Ljungberg.

Pun begitu, perlawanan kedua dan pertama Ljungberg dilaman sendiri menceritakan kisah sebaliknya.

Harapan untuk melihat kemenangan pertama dicapai setelah menurunkan pemain yang memiliki nama besar, punah apabila tewas 1-2 kepada Brighton di Emirates.

Mungkin Ljungberg masih memerlukan masa untuk mencari dan membuat pilihan pemain yang tepat untuk taktiknya.

Dalam prestasi pasukan yang masih tidak menentu, terdapat seorang pemain yang tidak terlalu bimbang mengenai statusnya, walaupun persembahannya ‘bishe-bishe’ sahaja setakat ini, dan itulah dia… Nicolas Pepe.

Nicolas Pepe yakin mampu pamerkan terbaik.

Selepas perlawanan menentang Brighton, dia memberitahu RMC Sport:

Tidak ada kebimbangan pada tahap itu. Sudah tentu, terdapat pemain yang bermain dan yang lain tidak.” jelas Pepe yang bermula di bangku simpanan ketika perlawanan tersebut.

Itulah bolasepak, itu pengurus yang memutuskan.

Sekiranya saya berada di bangku simpanan, terpulang kepada saya untuk mengubah keadaan dan menjadi permulaan lagi.

Ia normal untuk mereka mengkritik saya.

Terpulang kepada saya untuk mengubahnya dengan berusaha lagi gigih.

Terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki, menjaringkan gol lebih cepat, menyempurnakan peluang yang saya terlepas dengan meletakkan bola ke dalam jaring.

Saya juga perlu memperbaiki aspek fizikal “.

Mengakui pemecatan Emery adalah ‘menyakitkan’ baginya, kerana bekas pengendali Arsenal itu merupakan individu itu yang mendorong perpindahan beliau pada musim panas dan memberinya peluang di Arsenal.

Bagaimanapun ketibaan Ljungberg juga telah membawa manfaatnya sendiri.

Pepe menjelaskan: “Kerana dia seorang pemain, dia lebih memahami kita. Dia banyak bercakap dengan kami “.

Moga Pepe dapat memenuhi keperluan yang dicari Ljungberg dan membantu mengubah keadaan, kerana Arsenal kini bagaikan berada di hujung tanduk, menantikan saat-saat kejatuhan yang mungkin lebih menyakitkan lagi.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment