Perlawanan yang mengubah hidup saya: Shaka Hislop

Shaka Hislop merupakan seorang penjaga gol Trinidad & Tobago yang telah membuat 221 penampilan PL dengan tiga buah kelab (Newcastle United, West Ham United, dan Portsmouth) sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat untuk bermain dengan kelab terakhir dalam karier permainannya.

Walau dilahirkan di England, dia memilih untuk mewakili Trinidad & Tobago dan berjaya memenangi 26 caps antarabangsa termasuk penampilan dalam Piala Dunia 2006.

Dia berkongsi empat perlawanan yang dia bermain sepanjang kariernya yang telah mengubah hidupnya..

West Bromwich Albion 3-0 Reading
9 September 1992. Divisyen Dua

“Debut profesional saya, juga menentang hero zaman kanak-kanak saya iaitu Ossie Ardiles, yang menguruskan West Brom pada ketika itu.

“Saya membesar sebagai seorang peminat Spurs, dan dia merupakan pemain kegemaran saya.

“Selepas perlawanan tersebut, saya menunggu dengan penuh rasa gementar untuk memintanya menandatangani buku program saya – dan ianya masih ada di dalam koleksi saya.

“Perlawanan tersebut juga berlangsung pada awal musim, di liga yang kini dikenali sebagai League One.

“Penjaga gol utama telah mengalami kecederaan pada minit-minit terakhir perlawanan, dan pengurus Mark McGhee telah meminta saya untuk bermain.

“Ianya sesuatu yang mengejutkan dan kami tewas 3-0, tetapi saya telah berjaya mencapai impian saya untuk menjadi seorang pemain bolasepak profesional.”

Newcastle United 2-1 Liverpool
4 November 1995. Premier League

“Musim pertama saya bersama Newcastle United, juga musim Premier League pertama saya.

“Kami telah memenangi perlawanan tersebut, dan saya berjaya membuat mungkin save yang terbaik di dalam karier saya – menyelamatkan bola deflected hasil rembatan Steve McManaman.

“Saya juga bermain dengan sangat baik secara keseluruhan, dan suasana di St James Park sungguh luar biasa pada hari itu.

“Saya tahu saya boleh mengekalkan diri saya di tahap Premier League selepas perlawanan itu.”

Liverpool 3-3 West Ham United (menang penentuan sepakan penalti 3-1)
13 Mei 2006 Perlawanan akhir Piala FA



“Perlawanan terakhir saya di England, dan perlawanan akhir Piala FA yang terakhir juga.

“Walaupun Steven Gerrard menjaringkan dua gol tersebut dan kami tewas, saya masih mengingati perlawanan tersebut.

“Pertama, saya diletakkan di bangku simpanan dalam beberapa perlawanan akhir sebelum ini, bersama Newcastle.

“Saya dapat bermain kali ini kerana Roy Carroll, seorang penjaga gol dan individu yang baik, telah mengalami kecederaan.

“Kedua. saya melakukannya menentang kelab yang paling lama dalam karier saya.

“Saya bermain lima tahun bersama West Ham, dalam dua tempoh.

“Dalam tempoh yang pertama, kami menamatkan musim di tempat kelima – pencapaian terbaik kelab dalam PL.

“Saya menikmati sepanjang saya bermain bola bersama West Ham.

“Ianya masih sebuah kelab yang istimewa untuk saya.”

Trinidad and Tobago 0-0 Sweden
10 Jun 2006, Piala Dunia 2006



“Kejohanan Piala Dunia sulung kami. Saya dapat bermain kerana Kelvin Jack mengalami kecederaan ketika sesi pemanas badan – dan saya dapat membuat clean sheet menentang Zlatan Ibrahimovic!

“Kami pasukan yang kecil menentang pasukan Eropah yang kuat, dan cabaran semakin sukar apabila salah seorang pemain kami dibuang padang pada awal separuh masa kedua.

“Kami bertahan sedaya-upaya kami pada separuh masa kedua, dan Sweden sudah beberapa kali hampir menjaringkan gol.

“Pada pertengahan separuh masa kedua, seorang pemain pertahanan Sweden telah naik ke atas kerana Sweden mendapat sepakan sudut, dan telah bertengkar dengan Henrik Larsson, betul-betul di hadapan saya.

“Pada ketika itu saya fikir, ‘Kami tidak akan tewas dalam perlawanan ini’.

“Dan saya betul! Seri merupakan satu keputusan yang menakjubkan buat kami.

“Mungkin ianya perlawanan yang terhebat dalam karier saya.”

Sumber: FourFourTwo Sept 2019

Be the first to comment