Poch sedia untuk kembali Eropah.

Mauricio Pochettino dijangka kembali ke Eropah minggu depan untuk mempertimbangkan langkah seterusnya selepas dipecat oleh Tottenham.

Pengurus berusia 47 tahun itu tinggal di Argentina di mana dia telah melawat kampung asalnya Rosario dan kelab ketika beliau remaja Newell’s Old Boys.

Namun beliau dijadualkan untuk segera pulang ke rumahnya di Barcelona, di mana dia menjangka menilai tawaran daripada pelbagai kelab.

Bercakap kepada Fox di Argentina minggu ini, Pochettino berkata beliau telah menerima tawaran untuk beberapa ‘projek menarik’ dan bersedia untuk kembali bekerja selepas berehat di Amerika Selatan.

Saya menjangkakan akan kembali ke Eropah untuk membuat keputusan mengenai masa depan saya,” katanya sebagai dipetik Sky Sports.

Pada usia saya, saya tidak memerlukan banyak masa untuk pulih, saya terbuka untuk mendengar projek yang diletakkan di hadapan saya.”

About MyGooners 861 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment