Pra Perlawanan: West Ham vs Arsenal.

West Ham Vs Arsenal
Arsenal berkunjung ke Stadium London Isnin ini (Selasa pagi waktu Malaysia, jam 4 pagi) bagi menghadapi perlawanan ke-16 liga menentang West Ham United.

Perlawanan ketiga buat pengendali sementara Arsenal, Freddie Ljungberg yang memburu kemenangan pertama semenjak mengambil alih tugas dari Unai Emery menemukan dengan pengendali penuh pengalaman, Manuel Pellegrini.

West Ham mencatatkan satu kemenangan dan mengalami dua kekalahan dengan melepaskan lima gol selain menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

Dan mereka mencatatkan kemenangan ditempat lawan ketika menentang Chelsea.

Bagaimanapun tewas dilaman sendiri ketika menentang Tottenham pada bulan lalu.

Rekod tiga perlawanan terkini West Ham:

04 Dis 2019Wolves2West Ham0
30 Nov 2019Chelsea0West Ham1
23 Nov 2019West Ham2Tottenham3

Manakala Arsenal pula, telah melepaskan enam gol dalam tiga perlawanan terakhir liga dengan dua keputusan seri dicatatkan dan satu kekalahan.

Rekod tiga perlawanan terkini Arsenal:

05 Dis 2019Arsenal1Brighton2
01 Dis 2019Norwich2Arsenal2
23 Nov 2019Arsenal2Southampton2

Arsenal memenangi tiga perlawanan menentang West Ham dalam tiga musim terakhir dengan dua kemenangan dicatatkan dilaman sendiri dan satu ditempat lawan.

Bagaimanapun, Arsenal turut mencatatkan kekalahan sekali dilaman sendiri pada musim 2015/16, apabila tewas 0-2 dan juga kalah sekali dilaman lawan dalam pertembungan terakhir musim lalu.

Kedua-dua pasukan hanya mencatatkan satu keputusan seri dalam pertembungan mereka untuk tiga musim terakhir.

Rekod pertemuan ‘head-to-head’ West Ham vs Arsenal untuk 3 musim terkini.

2018/19Jan 12West Ham1Arsenal0
Aug 25Arsenal3West Ham1
2016/17Apr 05Arsenal3West Ham0
Dec 03West Ham1Arsenal5
2015/16Apr 09West Ham3Arsenal3
Aug 09Arsenal0West Ham2
Fakta-fakta menarik perlawanan:
  • West Ham memenangi perlawanan menentang Arsenal dengan keputusan 1-0 musim lepas, menamatkan larian 10 perlawanan liga tanpa kemenangan menentang Arsenal (D3 L7).
  • Mereka (West Ham) tidak pernah memenangi perlawanan liga di tempat sendiri secara berturut-turut menentang The Gunners sejak Oktober 1984.
  • Arsenal gagal memenangi lebih banyak perlawanan Liga Perdana keatas West Ham (12- sama dengan Everton dan Aston Villa).
  • Arsenal hanya memenangi dua daripada 12 perlawanan terakhir derby London ditempat lawan bagi saingan Liga Perdana Inggeris (D4 L6), menang 3-2 keatas Crystal Palace pada Disember 2017 dan 5-1 di Fulham pada Oktober 2018.
  • Tidak ada satu pun kelab yang kalah lebih banyak daripada West Ham (29) apabila beraksi pada hari Isnin dalam Liga Perdana, sementara hanya Man Utd (43) menang lebih banyak perlawanan pada hari Isnin berbanding Arsenal (39).
  • West Ham telah mengalami kekalahan dalam dua perlawanan terakhir mereka untuk Liga Perdana Inggeris – mereka kalah tiga kali berturut-turut di tempat sendiri antara Mei dan Ogos 2015.
  • Arsenal hanya memenangi hanya satu daripada 11 perlawanan terakhir Liga Perdana mereka ditempat lawan pada Disember (W1 D6 L4), menewaskan Crystal Palace pada Disember 2017.
  • Pierre-Emerick Aubameyang dari Arsenal telah terlibat dalam 10 gol bagi 10 derby Liga Perdana Inggeris (8 gol, 2 assist).
  • Walau bagaimanapun, dia belum menjaringkan gol dalam tiga penampilan menentang West Ham.
  • Pemain West Ham United, Felipe Anderson tidak menjaringkan atau membantu satu gol pun dalam lapan penampilan terakhir Liga Perdana (553 minit di padang dalam 8 penampilan itu); merupakan pemain West Ham paling lama di kelab dalam pertandingan tanpa penglibatan gol.
  • Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan 86% gol ditempat lawan dalam saingan Liga Perdana untuk Arsenal musim ini (6/7), dengan satu gol lagi dijaringkan oleh Lucas Torreira.
  • Begitupun, sejak penampilan sulungnya bersama Arsenal pada Februari 2018, Aubameyang telah menjaringkan 18 gol dalam 43 perlawanan di Liga Perdana (42%).
About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Adakah Ljungberg akan meminta nasihat Wenger dengan segera? - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners