Respon Ian Wright kepada mereka yang tidak yakin dengan Arteta.

Wright And Arteta
Perlantikan Mikel Arteta sebagai pengendali Arsenal menimbulkan rasa kurang yakin dikalangan peminat dan penyokong The Gunners.

Belum pun secara rasmi Arteta diumumkan selaku pengendali The Gunners yang baharu, kredibiliti beliau begitu kuat dipersoalkan oleh sebahagian penyokong Arsenal.

Sebelum ini, abang kepada penyerang Arsenal, Willy Aubameyang turut bertindak sedemikian apabila tidak gembira dan kecewa dengan tindakan pihak pengurusan Arsenal yang dikatakan akan melantik Arteta.

BACA: Peminat mahukan lilitan kapten digugurkan dari Auba.

Malah turut dikatakan dimana terdapat beberapa pemain senior The Gunners mendesak pihak pengurusan Arsenal supaya melantik Carlo Ancelotti yang dilihat mempunyai pengalaman luas berbanding Arteta.

BACA: Pemain Arsenal desak BOD untuk tidak melantik Mikel Arteta dan meminta Carlo Ancelotti.

Bahkan peminat dan penyokong Arsenal turut meluahkan perasaan yang sama dimana mereka tidak yakin dengan kebolehan serta pengalaman Arteta untuk mengemudikan The Gunners musim ini.

Lebih-lebih lagi, Arsenal memiliki pemain bertaraf bintang dan ternama, yang mana jika dibandingkan usia Arteta dengan mereka tidaklah begitu jauh.

Sekaligus menimbulkan rasa tidak hormat kepada Arteta yang akan menjadi pengendali buat kali pertama dalam sejarah karier bekas pemain dan kapten Arsenal itu.

Atas kekurangan itu, peminat dan penyokong begitu kuat mempersoalkan kebolehan yang ada pada Arteta untuk memimpin Arsenal disamping mempunyai tugas berat untuk mengembalikan maruah The Gunners yang semakin tercalar.

Arsenal dilaporkan bersedia untuk mengumumkan ketibaan Arteta dalam tempoh 24 jam dan pembantu kepada Pep Guardiola berusia 37 tahun itu dijangka akan memulakan tugas pertama bagi perlawanan hujung minggu ini, menentang Everton di Goodison Park yang mungkin turut menyaksikan kelab itu dikemudikan pengurus baharu, Carlo Ancelotti.

Bagaimanapun, lagenda kelab, Ian Wright tetap yakin dengan pilihan yang akan dibuat Arsenal apabila mengulangi kenyakinan yang pernah diluahkan beliau setahun yang lalu.

Pada Mei 2018, Wright telah memilih Arteta antara calon yang sesuai untuk menggantikan Arsene Wenger dan perkara itu didedahkan dalam rancangan Match of the Day BBC.

Dan dalam ciapan terbaru beliau, Wright mengulangi perasaan yang sama yang pernah diluahkan beliau itu mengenai Arteta.

Pada ketika itu, beliau mengatakan “Saya sangat menyukai mengenai Mikel Arteta.

Anda perlu mengambil risiko terhadap orang lain. Kami pernah mempertaruhkan nasib apabila mengambil Wenger.

Saya fikir dia seorang yang mengenali kelab [Arsenal], dia berada di bawah Guardiola selama beberapa tahun dan dia melakukan dengan baik.

Namun ciapan semula Wright itu mendapat reaksi negatif dikalangan peminat dan penyokong Arsenal yang nyata tidak bersetuju dengan beliau.

Seorang peminat Arsenal yang dikenali dengan nama pengguna @iam_henrico tidak setuju dengan calon pengurus yang disokong Wright itu dengan mengatakan kekurangan pengalaman Arteta sebagai alasan utama untuk dirisaukan.

Respon Ian Wright kepada pengguna @iam_henrico.

Inilah pertaruhan paling teruk yang saya lihat kebanyakan pemain Arsenal tidak akan menghormati atau mendengarnya sebagai pengurus Arsenal kerana kebanyakan mereka bermain dengannya ketika di kelab,” kata @iam_henrico.

Bawa [Mauricio] Pochettino. Ini adalah Arsenal yang kita bercakap bukan pasukan Championship atau pasukan EPL yang hanya bermain untuk tidak diturunkan liga.”

Wright dengan serta-merta menjawab: “Sejujurnya saya tidak peduli apa yang pemain fikirkan – with my chest !!!!!!!’

*with my chestmenolak dada anda ke depan ketika bercakap, mendabik dada kepada lawan untuk menunjukkan seolah-olah anda kelihatan lebih kuat daripada mereka.

Adakah anda setuju dengan Wright ataupun anda yang meragui kemampuan Arteta?

Kongsikan pendapat anda bersama kami.

About MyGooners 861 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment