Connect with us

Arsenal

Roma berharap dapat beli dengan harga murah.

Published

on

Kelab Itali itu mahu mendapatkan pemain Arsenal, Henrikh Mkhitaryan dengan harga rendah pada musim panas nanti.

Seperti biasa, semua perhatian pada jendela perpindahan sejak beberapa minggu yang lalu bagi media yang berpangkalan di Rom telah terjurus kepada Chris Smalling.

Bagaimanapun, kembalinya Henrikh Mkhitaryan pemain pinjaman dari Arsenal kali ini begitu mendapat perhatian.

Bangkit dari bangku simpanan ketika menentang Hellas Verona pada hujung minggu, Mkhitaryan berjaya menjaringkan gol ketiga Roma dalam kemenangan 3-1.

Advertisement
Hellas Verona 1-3 Roma – Kluivert, Perotti and Mkhitaryan

Pemain tengah menyerang itu telah terlepas tujuh perlawanan terakhir liga akibat kecederaan, tetapi tidak pernah ada keraguan buat Roma terhadap pemain Armenia itu baik ketika mengalami kecederaan ataupun tidak.

Corriere dello Sport menjelaskan bahawa kedua-dua Gianluca Petrachi ataupun Paulo Fonseca memutuskan bahawa mengambil pemain veteran yang terdedah kepada kecederaan ‘adalah risiko berbaloi yang perlu diambil’ yang mereka percaya mampu beraksi untuk beberapa musim lagi.

Pengarah Sukan Kelab Roma Gianluca Petrachi

Akhbar Itali itu terus mencadangkan bahawa ia sentiasa berada dalam fikiran mereka untuk membuat perpindahan kekal walau dalam apa pun prestasi Mkhitaryan selepas musim ini.

Sebab itulah mereka tidak perlu berunding mengenai klausa dalam perjanjian pinjaman.

Paulo Fonseca Pengurus Kelab Itali A.s. Roma

Seperti yang mereka katakan, ‘pada bulan Jun 2020, ketika dia berusia 31 tahun, Mkhitaryan akan menghampiri tarikh tamat kontraknya dan itu memberikan nilai perpindahan yang munasabah’.

Roma hanya menghadapi risiko kecil dalam hal ini kerana mereka tahu bahawa jika tempoh pinjaman Mkhitaryan antara sekarang dan sepanjang musim menjadi buruk, ia adalah ‘selamat tinggal dan terima kasih’, tetapi jika ia berjalan dengan baik, mereka akan dapat membeli pemain Arsenal ini pada ‘murah‘.

Mereka tahu bahawa Arsenal tidak akan meminta banyak untuk membiarkan pemain berusia 30 tahun itu meninggalkan Emirates pada musim panas, walaupun Unai Emery kini tidak lagi mengendalikan Arsenal.

Advertisement

Kontrak semasa Mkhitaryan bersama Arsenal akan berakhir pada 30 Jun 2021 dan beliau pada ketika ini bernilai sekitar €25 juta (kira-kira £21 juta).