Connect with us

Arsenal

Saka berang dengan Ljungberg.

Published

on

PENGENDALI sementara Arsenal, Freddie Ljungberg mengakui Saka mungkin berang dengannya.

Saya fikir Saka agak kecewa dengan saya.” jelas Freddie Ljungberg.

Freddie Ljungberg bergurau mengatakan bahawa Bukayo Saka tidak terlalu gembira dengannya sebelum perlawanan Liga Europa yang menyaksikan Arsenal menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan muncul juara kumpulan F.

Perlawanan itu juga merupakan tugas pertama Ljungberg dalam mengendalikan Arsenal di peringkat Eropah selepas memimpin The Gunners untuk tiga perlawanan liga dalam peranan pengendali sementara.

Advertisement

Bukayo Saka muncul sebagai pemain terbaik perlawanan ketika Arsenal mengikat Standard Liege 2-2, pada hari Khamis (awal pagi Jumaat waktu Malaysia).

BACA: Contengan pasca-perlawanan Standard Liege lawan Arsenal.

Walau bermain bukan pada posisi sebenarnya iaitu bahagian sayap kiri, Saka tetap melakukan tugasnya dengan baik sebagai pemain wingback yang akhirnya menyaksikan beliau beraksi pada bek kiri untuk sepanjang perlawanan.

Ljungberg terpaksa menggunakan khidmat Saka pada posisi tersebut setelah terpaksa melupakan khidmat Kieran Tierney ekoran kecederaan.

Advertisement

Dan Ljungberg hanya memiliki Sead Kolasinac yang mampu beraksi pada posisi tersebut unutk baki musim ini, sehingga Tierney kembali sembuh.

Saka ternyata tidak begitu gembira apabila dipaksa bermain di posisi tersebut namun begitu, prestasi beliau pada perlawanan itu mendapat pujian Ljungberg.

Dia sangat bagus,” kata Ljungberg.

Saya rasa dia bengang sedikit sebelum perlawanan kerana terpaksa bermain di posisi wing-back dan kemudian full back.

Kerana dia sememangnya tidak menyukainya.

Advertisement

Tetapi, dia seorang pemain berbakat luar biasa dan anda boleh melihatnya lagi hari ini.

Bola terakhirnya sentiasa efektif dan pasti ada hasil pada setiap usahanya.

Dia sangat mengagumkan.” sambungnya Ljungberg lagi.

Saka mendapat peluang dalam pasukan utama musim ini berikutan prestasi cemerlangnya di bawah Freddie Ljungberg tahun lepas.

Advertisement

Pemain sayap itu menjaringkan 14 gol, menghasilkan bantuan gol sebanyak 10 kali dan memenangi tiga penalti.

Untuk bermain pada posisi full back jelas ianya tidak begitu sesuai.

Namun ia adalah apa yang diperlukan oleh pasukan pada perlawanan tersebut (menentang Standard Liege).

Dengan hanya Sead Kolasinac yang tersedia di bahagian kiri untuk sepanjang bulan ini, Ljungberg mungkin akan menggunakan Saka pada posisi itu lagi sebelum tahun ini berakhir, sehingga Arsenal mencari pemain baharu pada Januari (jika ada).

Advertisement

BACA : Ljungberg kehilangan tujuh pemain.

Kerana Tierney dijangka berehat untuk sekurang-kurangnya tiga bulan atau mungkin Ljungberg sedia memberi peluang kepada pemain muda Arsenal dengan memanggil pemain akademi seperti Tolaji Bola.

Advertisement