Sam McCallum dalam radar perhatian Liverpool dan kelab-kelab besar Premier League yang lain

Siri prestasi permainan yang memberangsangkan pemain pertahanan Coventry City, Sam McCallum telah mendapat perhatian beberapa buah kelab Premier League (PL).

Aksi pemain in melebihi apa yang diharapkan daripada seorang pemain League One, dan kelab-kelab PL mula menumpukan perhatian terhadapnya.

Pemain bek kiri berusia 19 tahun ini merupakan lepasan akademi Jamie Vardy (Akademi V9), dan telah menyertai Coventry dari kelab bukan liga, Herne Bay pada 2018 selepas aksinya berjaya memikat pencari bakat kelab tersebut.

Liverpool merupakan kelab yang sedang mendahului untuk mendapatkan tandatangan pemain ini bagi menambah tenaga di pertahanan sebelah kiri, menurut laporan website 90mins.

Andrew Robertson dan James Milner kini mengisi di posisi tersebut.

McCallum sudah membuat 19 penampilan bersama skuad bimbingan Mark Robins musim ini. Dia juga boleh bermain sebagai pemain wingback kiri atau bek kanan.

Be the first to comment