Scholes dakwa Ljungberg tidak layak jadi pengendali Arsenal.

Pemain lagenda Manchester United Paul Scholes menghentam pengendali sementara Arsenal, Freddie Ljungberg hanya kerana tidak memakai sut ketika mengendali perlawanan pertamanya.

Scholes berkata legenda The Gunners itu memilih untuk mengenakan windbreaker dan baju-t biru berbanding sut dan tali leher jelas menggambarkan dia bukan orang sesuai untuk menggantikan Unai Emery.

Arsenal terikat seri 2-2 di Norwich pada perlawanan pertama mereka selepas pengurus Sepanyol itu disingkirkan.

Bagaimanapun Scholes yakin fesyen ditunjukkan oleh Ljungberg sudah cukup untuk menggambarkan sama ada dia sesuai memikul tanggungjawab sepenuh masa bersama kelab utara London itu.

Penjelasan itu dibuat Scholes ketika memberitahu EPL Productions: “Anda mungkin memikirkan dia akan mengenakan sut untuk menunjukkan rasa bangga mengambil alih tugasan itu.

Bagi saya permulaan yang baik – sut dan tali leher untuk menunjukkan disiplin yang baik.

“Saya tidak merasakan dia orang sesuai untuk Arsenal.”

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment