Connect with us

Arsenal

Selamat kembali Arteta!

Published

on

BEKAS pemain dan kapten Arsenal akhirnya diumumkan secara rasmi sebagai pengendali baharu The Gunners.

Arsenal akhirnya rasmi mengumumkan Mikel Arteta sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan, menamatkan penantian peminat dan penyokong yang mahukan kepastian sebelum ini.

Pengumuman yang dibuat pada laman rasmi Arsenal itu turut mendedahkan bahawa Arteta telah bersetuju dengan kontrak tiga tahun setengah.

Rekod penampilan Arteta bersama Arsenal.

Arteta merupakan bekas kapten pasukan Arsenal dan telah bermain lima musim untuk The Gunners dari 2011 sehingga 2015.

Namun beliau hanya akan memulakan tugasan rasminya pada Ahad (esok).

Advertisement

Dan ini bermakna beliau tidak akan melakukan debut berdepan dengan satu lagi bekas kelab lamanya, Everton yang dijadualkan menentang Arsenal malam ini.

Jadual perlawanan dan siaran langsung dari Astro bagi perlawanan EPL minggu ini.

Arteta dalam kenyataannya berkata: “Ini satu penghormatan terbesar. Arsenal adalah salah sebuah kelab terbesar di dunia.

Kita perlu bersaing untuk trofi tertinggi dan di dalam perlawanan.

Saya sudah menjelaskannya dalam perbincangan saya dengan Stan dan Josh Kroenke, serta beberapa pegawai kanan dalam pasukan ini.

“Kita semua tahu ada banyak kerja yang perlu dilakukan bagi mencapai itu, namun saya yakin kita akan berjaya melakukannya.

Advertisement

“Saya sangat realistik dan tahu ianya tidak mungkin mampu dilakukan dalam sekelip mata.

Tetapi skuad yang ada hari ini penuh dengan pemain berbakat dan kelompok pemain muda yang hadir dari akademi

Quote Arteta 1000×1000

Josh Kroenke, bercakap mewakili lembaga pengarah Arsenal dan pemilik Kroenke Sports & Entertainment telah menyatakan kegembiraan mereka di atas kejayaan membawa pulang Mikel Arteta.

Kami gembira dapat membawa pulang Mikel Arteta ke Arsenal.

Beliau tahu bahawa harapan penyokong kita di seluruh dunia adalah tinggi, dan kami yakin beliau boleh mengetuai cabaran ini dan membawa kelab ini kembali ke tahap yang kami inginkan.” jelas Josh Kroenke dipetik berkata.

Advertisement

Malah beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Freddie Ljungberg kerana berjaya membantu mengendalikan pasukan dengan baik ketika mengharungi tempoh sukar.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Freddie Ljungberg kerana mengemudikan kita dengan baik dalam tiga minggu yang lalu.

Dia muncul dalam tempoh yang singkat dan telah membantu kami melalui tempoh yang sukar ini dengan tahap profesionalisme yang hebat.

Ketua Bolasepak Arsenal, Raul Sanllehi pula menjelaskan dimana mereka telah melalui proses pemilihan yang hebat sebelum memutuskan Arteta sebagai ketua jurulatih pasukan.

Kami telah menemui beberapa calon pengurus berkelas dunia namun Mikel paling meyakinkan setiap kami di sini sebagai calon yang tepat.

Advertisement

Mikel memahami Kelab Bolasepak Arsenal dan tahu apa maknanya pasukan ini kepada penyokong kami di seluruh dunia.

Kami berasa gembira dan teruja untuk melihat beliau memulakan tugasannya dan mengeluarkan yang terbaik daripada skuad ini, dalam usaha kita untuk mengembalikan pasukan dilandasan yang tepat musim ini.”

Freddie Ljungberg dan Per Mertesacker

Saya juga harus memberikan penghargaan kepada Freddie Ljungberg di atas kerja keras dan kepimpinan beliau.

Bersama dengan Per Mertesacker, beliau telah melakukan tugas penting dengan baik dalam tempoh sukar kita.

Freddie dan Per adalah sebahagian penting dalam keluarga Arsenal dan begitu mengambil berat mengenai kelab ini.

Advertisement

Selamat kembali Arteta dan selamatkanlah Arsenal!