Seruan Ozil dapat sokongan NGO Dunia.

Mesut Ozil
Amnesty International menggesa Arsenal supaya tidak tunduk dengan tekanan dari China.

Amnesty International (dikenali sebagai Amnesty atau AI) adalah organisasi bukan kerajaan yang berpusat di United Kingdom yang memberi tumpuan kepada hak asasi manusia.

Organisasi itu mendakwa ia mempunyai lebih daripada tujuh juta keahlian dan penyokong di seluruh dunia.

Di Malaysia, Amnesty International mempunyai kira-kira seribu keahlian dengan jumlah mereka dilaporkan semakin bertambah.

AI Malaysia memainkan peranan penting dalam memberikan perhatian terhadap pelanggaran hak asasi manusia di negara ini dan secara global.

Minggu lalu, Ozil telah memuat naik status mengenai isu-isu kemanusian di China yang mengakibatkan peminat Arsenal China bertindak membakar jersi dan mengeluarkan nama beliau carian enjin negara tersebut.

BACA: Ozil kritik umat dan negara Islam membisu.

Walaupun bagaimanapun, luahan dan seruan Ozil itu mendapat sokongan dan perhatian Amnesty International serta organisasi itu juga turut menggesa Arsenal supaya tidak tunduk kepada tekanan China.

Mereka turut meminta Arsenal supaya menyokong Ozil dan membenarkan Ozil untuk bebas menyatakan pendapatnya.

Pengarah regional Amnesty International, Nicholas Bequelin berkata, Arsenal tidak boleh tunduk di bawah tekanan dari China dan menyekat hak Mesut Ozil untuk bebas bersuara.

Nicholas Bequelin

Ozil, yang merupakan seorang Muslim keturunan Turki, menyiarkan luahan beliau pada media sosial mengenai dakwaan penganiayaan terhadap kaum Muslim U!ghur di China dan menggelar mereka sebagai ‘pahlawan yang menentang penganiayaan’.

BACA: Peminat Arsenal China bakar baju (jersi) Ozil tanda kemarahan.

Kenyataan Ozil itu menyebabkan siaran secara langsung perlawanan Arsenal menentang Manchester City dibatalkan oleh CCTV, yang merupakan penyiar rasmi perlawanan Liga Perdana Inggeris di China.

Sementara jurucakap Kementerian Luar China berkata Ozil telah ditipu oleh ‘berita palsu’.

China’s state-run broadcaster CCTV canceled the broadcast of a soccer game on Sunday after a star player criticized the country’s treatment of Muslims.

CNBC

Bequelin mengatakan bahawa adalah penting kepada Arsenal untuk tidak tunduk kepada tekanan berpotensi susulan kenyataan Ozil itu.

Dengan pemain mereka dikritik agak teruk di China, penting bagi Arsenal untuk tidak tunduk terhadap tekanan dan cuba menyekat hak Ozil untuk menyatakan pendapatnya secara bebas.”

Arsenal sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak terikat dengan pandangan Ozil dan berkongsi kenyataan tersebut pada laman microblog China, Weibo dengan menyatakan bahawa ia “sepenuhnya pendapat peribadinya (Ozil)”, dan bahawa kelab bolasepak Arsenal tidak melibatkan diri dalam politik.

About MyGooners 866 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Arsene Wenger pertahan Mesut Ozil. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners