Solskjaer tegaskan United masih kelab besar berbanding City.

Ole Gunnar Solskjaer menjadi pengendali Manchester United juga mempunyai DNA kelab itu.
Ole Gunnar Solskjaer berkata Manchester United kekal sebagai kelab yang lebih besar berbanding Manchester City walaupun seteru meraka itu menunjukkan peningkatan.

Seteru utama mereka, Manchester City mungkin menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris berturut-turut dan ketika ini 11 mata di depan Manchester United tetapi Ole Gunnar Solskjaer menegaskan pasukannya masih hebat berbanding jiran mereka itu.

Ketika ditanya adakah United terus menjadi kelab lebih besar berbanding City, Solskjaer berkata tanpa ragu-ragu: “Ya.”

Biarpun tidak menjulang sebarang kejuaraan sejak 2013, pengendali Old Trafford itu menegaskan pasukannya adalah yang terhebat dan akan kembali ke puncak satu ketika nanti.

Sebagai sebuah kelab, dengan saiz yang dimiliki, kami akan merapatkan jurang dan matlamat kami adalah memintas pasukan di atas kami.

Dan saya percaya di Man United, itulah yang kami sasarkan, itulah yang perlu direbut dan itulah yang perlu kami yakini,” kata Solskjaer yang akan menentang City dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi esok (via Sky Sports).

Kami mempunyai sumber dan pemain untuk melaksanakannya, mengapa tidak?”

Solskjaer turut menyindir pergelutan City sebelum ini dan mengimbau penantian lima tahun sebelum bertemu dalam pertembungan kelab Manchester.

Pengendali kelahiran Norway itu menyertai United pada 1996, selepas City tersingkir ke divisyen kedua dan kemudiannya bertemu mereka pada 2001 dengan keputusan seri 1-1.

Itu bermakna penyerang itu perlu menunggu lima tahun untuk mendapatkan nikmat pertama derby Manchester pada bulan April 2001.

Sekurang-kurangnya kami bertemu setiap tahun sekali sekarang,” katanya.

Mengambil masa yang lama untuk pertembungan Manchester, ia berubah sekarang.”

Tetapi ia berubah dengan cara [selaku pemain dan pengurus]. Sudah tentu Man City adalah pasukan yang lebih baik sekarang daripada ketika saya bermain.

Saya fikir bolasepak telah berubah agak banyak, ia membenarkan beberapa hadangan yang lebih tepat – dengan setiap sudut kecil, semua diteliti sekarang, itu lebih teknikal, permainan taktikal daripada fizikal dan mental.

Tetapi, masih ada derby yang perlu dimainkan sebagai derby. Kami tidak bermain bola keranjang, jadi kami bersedia untuk itu sekiranya berlaku.”

About MyGooners 882 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment