Connect with us

Arsenal

Sousa sebagai pengendali Arsenal baharu.

Published

on

Pengurus tersebut telah mengulas mengenai khabar angin yang mengaitkannya dengan tugas selaku pengendali baharu Arsenal.

Saya tidak tahu apa yang akan terjadi esok

Salah satu nama yang paling mengejutkan untuk dikaitkan dengan kekosongan di Arsenal adalah Paulo Sousa.

Image result for Paulo Sousa
Paulo Sousa

Pengurus Portugal itu merupakan pengendali kelab Perancis, Bordeaux yang bersaing dalam Ligue 1, di mana dia telah melakukan tugasnya dengan cukup baik bersama skuad yang dipimpinnya itu.

Dan prestasi cemerlang beliau bersama Bordeaux yang kini menduduki tangga ke-5 liga didakwa menjadikannya antara calon terbaik untuk mengisi kekosongan di Emirates.

Advertisement
Kedudukan terkini Liga Perancis, Ligue 1.

Dalam tempoh itu, ia juga dilaporkan pengurus tersebut mempunyai klausa pelepasan berjumlah € 2 hingga 3 juta dalam kontraknya, yang membuatnya menjadi pilihan yang murah untuk Arsenal.

Tetapi, menurut pengurus itu sendiri, masa depannya, untuk masa sekarang, adalah bersama pasukan selatan Perancis itu.

Pada sidang media menjelang perlawanan hujung minggu Bordeaux pada hari Ahad menentang Strasbourg, Sousa ditanya mengenai spekulasi yang mengelilinginya yang mengaitkan perpindahan beliau ke England.

Dia berkata: “Itu normal. Itu betul-betul normal. Apabila anda mempunyai hasil yang baik, ini adalah perkara yang berlaku.

Saya telah lama berada dalam dunia bolasepak dan saya tahu akan terdapat minat pada pengurus atau pemain apabila anda mempunyai hasil yang baik.

Advertisement

Dan ia adalah sesuatu perkara normal yang berlaku, terutama ketika sebuah kelab memutuskan untuk melakukan perubahan.

Saya gembira berada di sini. Saya sangat fokus terhadap segala perkara yang berada dibawah kawalan saya.

Saya tidak dapat memberikan jawapan itu kerana saya tidak tahu apa yang akan terjadi esok.

Esok, pemilik mungkin membuat keputusan lain yang tidak melibatkan saya ” jelas beliau lagi mengenai masa depannya bersama Bordeaux, sama ada akan kekal sehingga akhir musim.

Advertisement

Dengan penjelasan beliau itu, setidak-tidaknya sekarang, Sousa tidak merancang untuk meninggalkan Bordeaux dalam tempoh terdekat ini.

Yang mana sekiranya berlaku, Arsenal adalah destinasi seterusnya untuk pengurus tersebut.

Dan jika Sousa benar-benar berada dalam senarai pendek Arsenal, mungkin Raul Sanllehi dan pasukan perlu mencari calon lain.

Advertisement