Sven-Göran Eriksson sokong calon pengurus ‘world class’ untuk mengisi kekosongan di Arsenal.

Sven Göran Eriksson
PENCARIAN pengganti Unai Emery di Arsenal semakin menarik dengan begitu ramai calon dikaitkan.

Setelah pendedahan mengenai pengendali sementara Arsenal, Freddie Ljungberg yang ‘mencuri‘ idea Sven-Goran Eriksson, kini media mula melaporkan mengenai kisah bekas pengurus England itu.

Namun ianya bukanlah untuk mengaitkan Erikson sebagai pengganti Emery dan jika ianya dikaitkan, sudah pasti beliau bukanlah calon yang menepati pilihan pihak pengurusan Arsenal.

BACA : Ljungberg curi idea Erikson.

Sebelum ini, laporan mengatakan bahawa Arsenal memberi tumpuan kepada calon-calon yang lebih muda daripada Ancelotti (60 tahun) yang dikaitkan sebagai pengganti Emery.

BACA: Kriteria calon penggendali Arsenal.

Manakala Sven-Goran Eriksson pula telah berusia 71 tahun dan ini jelas membuatkan beliau tersingkir daripada senarai calon berpontensi mengisi kekosongan di Arsenal.

Pun begitu, ianya bukanlah keputusanan muktamad untuk menyingkirkan beliau sepenuhnya dari senarai itu, namun beliau juga menyokong dimana Arsenal ketika ini memerlukan seorang pengurus berkaliber.

Beliau menyatakan dimana sebuah kelab bertaraf dunia seperti Arsenal haruslah dikendalikan oleh seorang pengurus yang juga bertaraf dunia.

Menurut laporan dari Itali, Erikson dikatakan telah menyokong Carlo Ancelotti untuk mengisi ataupun menggalas tugas tersebut di Arsenal, dengan mengatakan ia akan menjadi ‘baik’ untuk melihatnya menguruskan The Gunners.

Ancelotti merupakan salah seorang daripada calon-calon yang dikatakan berpotensi untuk mengisi kerusi panas Arsenal walaupun laporan sebelum ini mengatakan calon yang menjadi pilihan haruslah lebih muda darinya.

Beliau yang dipecat Napoli pada hari Rabu lalu, begitu pantas dikaitkan dengan Arsenal.

Dan Erikson pula mengatakan bahawa ianya akan menjadi idea yang baik buat Ancelotti serta yakin bekas pengurus Napoli itu mampu menyesuaikan diri dengan Arsenal yang bertaraf dunia, bersesuaian dengan pengurus itu yang juga bertaraf dunia.

Saya yakin dia akan menemui kelab baharu, di mana dia boleh kembali mempamerkan kehebatannya,” katanya kepada Calcio Napoli.

Semalam saya melihat perlawanan Napoli, mereka bermain bolasepak yang hebat, mencipta kemenangan besar dilaman sendiri.

Ancelotti kembali ke Liga Perdana [Inggeris] akan baik untuknya. Baginya, segala-galanya mungkin.

Dia adalah pengurus ternama, seorang jurulatih yang tahu menguruskan kumpulan besar dan pasukan besar, dan kemudian Arsenal adalah kelab bertaraf dunia, menarik untuk melihat Carlo di bangku simpanan [mengendalikan Arsenal].”

Sementara itu layan dulu kehebatan Erikson ketika mengendalikan England dimana beliau menewaskan Jerman 5-1.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment