Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Syarat-syarat perjanjian Everton – Ancelotti didedahkan.

Published

on

Perlawanan pertama bagi pengurus itu adalah pada Boxing Day.

Ia kelihatan seperti Everton semakin hampir untuk mendapatkan Carlo Ancelotti bagi mengambil alih sebagai pengurus tetap.

Laman peminat Everton, Royal Blue Mersey memetik sumber daripada Sky Sports News, mengatakan bahawa Ancelotti telah terbang kembali ke Naples setelah selesai perbincangan bersama mereka.

Tindakan Ancelotti yang segera pulang ke Itali dipercayai bagi menyelesaikan beberapa klausa dalam kontraknya dengan Napoli.

Advertisement

Malah mereka turut mendakwa bahawa kedua belah pihak (Everton dan Ancelotti) telah mencapai kesepakatan, namun kontrak yang ditawarkan dan dipersetujui itu masih belum mampu ditandatangani Ancelotti.

Ini kerana bekas pengendali Napoli itu terpaksa menyelesaikan terlebih dahulu masalah dengan bekas majikannya.

Walaupun dipecat oleh Napoli, namun Everton terpaksa membayar pampasan kepada kelab Itali itu sebagaimana Chelsea yang terpaksa membayar £7 juta ketika mendapatkan Maurizio Sarri satu ketika dahulu.

Chelsea terpaksa membayar pampasan kepada Napoli walaupun kelab Itali itu telah melantik Ancelotti.

*Untuk rekod, Sarri telah digantikan oleh Carlo Ancelotti ketika masih dalam kontrak bersama Napoli.

Sarri yang membimbing Napoli pada musim 2017/18 menamatkan saingan pada musim itu ditangga kedua liga (Serie A), empat mata di belakang Juventus.

Advertisement

Dan pada 23 Mei 2018, Sarri telah digantikan oleh Carlo Ancelotti sebagai ketua jurulatih Napoli.

Everton dikatakan telah menawarkan Ancelotti kontrak selama empat tahun setengah dengan jaminan bahawa dia akan mempunyai dana untuk dibelanjakan bagi mendapatkan pemain baharu, bermula pada jendela perpindahan Januari ini.

Ancelotti juga akan dibantu kakitangan kejurulatihannya ketika bersama Napoli dengan tambahan pengurus pasukan sementara Toffees, Duncan Ferguson

Duncan juga akan bertindak sebagai penolong pengurus bersama anak lelaki Ancelotti, Davide, dengan Francesco Mauri dan Manuel Morabito (pelatih atlet), Simone Montanaro (penganalisis perlawanan), Luca Guerra (jurulatih penjaga gol) dan Beniamino Fulco (penyelia).

Advertisement

Dan laporan itu juga mengatakan bahawa Ancelotti akan memulakan tugas pertama beliau bersama Everton bagi perlawanan Boxing Day.

Duncan Ferguson

Sementara itu, Duncan akan mengendalikan perlawanan Piala Carabao Everton (esok menentang Leceister) termasuklah perlawanan Liga Perdana menentang Arsenal pada 21 Disember ini.

Carlo Ancelotti is closing in on the Everton job, with multiple sources now reporting that the former Chelsea boss will be appointed by Thursday or Friday this week. Royal Blue Mersey

The Gunners juga sedang mencari pengurus tetap baharu dan cuba mendapatkan Mikel Arteta sebelum Boxing Day.

BACA : Perkembangan pencarian pengganti tetap kepada Unai Emery.

Malah, terdapat juga khabar angin mengatakan bahawa Ancelotti hanya akan bersetuju menyertai kelab Merseyside itu dengan bayaran gaji sebanyak £12-15 juta setahun.

Advertisement

Dan jumlah itu akan menjadikan beliau antara tiga pengurus tertinggi menerima gaji didunia.

Namun masih belum ada sebarang pengesahan mengenai lantikan beliau itu, sama seperti Arsenal.

Advertisement