“Tak perlu dapatkan Erling Haaland,” Dimitar Berbatov

Bekas penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov menyarankan bekas kelabnya untuk tidak menandatangani pemain muda sensasi, Erling Haaland.

Dia percaya potensi kehadiran pemain Norway tersebut akan mengganggu perkembangan penyerang muda Manchester United yang lain.

Ketua pencari bakat United, Marcel Bout menonton aksi penyerang Red Bull Salzburg ketika menentang Liverpool dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah. Pasukannya tewas 2-0.

Berbatov mahu United memberikan lebih fokus untuk mengembangkan permainan Anthony Martial, Marcus Rashford, dan Mason Greenwood.

“[Haaland] memang bagus dan dia masih muda,” kata Berbatov.

“Dia masih boleh mengembangkan permainannya dan menjadi lebih baik.”

Anthony Martial and Marcus Rashford

“Tetapi saya sudah bercakap banyak kali sebelum ini, bagi saya United perlu mengekalkan dua penyerang utama mereka, Martial dan Rashford. Saya sukakan mereka.

“Saya pernah bermain bersama Martial di Monaco, dan saya tahu betapa bagusnya dia. Kini dia berada di posisi yang betul untuk mengembangkan permainannya dan menjadi bintang dunia.

“Semua orang juga sudah mengetahui betapa bagusnya Rashford. Dia baru berusia 22 tahun, perjalanannya masih panjang malah boleh menjadi lebih bagus.

“Bagi saya, mereka perlu kekalkan mereka.”

Ketiga-tiga pemain muda ini telah diberikan peluang oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk bersinar pada musim ini.

Rashford, Martial, dan Greenwod telah membuat sejumlah 56 penampilan bersama musim ini, dan menjaringkan 26 gol.

Berbatov juga mengakui dia tidak pasti Haaland sesuai dan menepati apa yang diinginkan peminat United.

“Jika mereka mahu membeli seorang lagi penyerang, saya tidak pasti penyokong Manchester United mahu melihat kepantasan, melepasi dan menewaskan pihak lawan, mempunyai keyakinan untuk menjaringkan gol-gol yang fantastik,” kata Berbatov.

“Kalau nak beli seseorang, para pemain akan berfikir, ‘tunggu jap, aku juga masih muda dan jika kamu beli pemain lain bermakna kamu tidak percayakan saya.’

“Kekalkan dengan para pemain muda ini kerana mereka sangat berbakat. Jaga mereka, tunjukkan mereka arah yang betul dan mereka boleh menjadi terbaik.”

Be the first to comment