Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Takumi Minamino akan menjalani ujian kesihatan sebelum perpindahannya ke Liverpool

Published

on

Pemain Jepun, Takumi Minamino akan menjalani ujian kesihatan sebelum fasa seterus perpindahannya ke Liverpool dari Red Bull Salzburg pada Januari nanti.

The Reds sudah memulakan perbincangan dengan pemain berusia 24 tahun tersebut selepas mengaktifkan klausa perlepasan £7.25 juta di dalam kontraknya, dan dia dijangka akan tiba di Anfield pada 1 Januari 2020.

Takumi Minamino

Dia telah bermain dalam dua perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool musim ini, dan menjaringkan satu gol di Anfield. Dan persembahannya telah menarik perhatian Liverpool.

Pengarah sukan Salzburg, Christoph Freund berkata pada musim lepas bahawa mereka berasa bangga kerana Liverpool berminat dengan pemain-pemain mereka.

Minamino sudah menjaringkan tujuh gol dalam semua kejohanan buat pasukan pendahulu liga Austria pada musim ini, namun tidak dapat menghalang pasukannya turun ke saingan Europa League selepas menamatkan peringkat kumpulan UCL di tempat ketiga.

Advertisement

Dia bakal menjadi pemain kelima Liverpool yang ditandatangani dari produksi yang berkaitan dengan ketua perkembangan sukan Red Bull, Ralf Rangnick.

Naby Keita, Sadio Mane, Joel Matip, dan Roberto Firmino merupakan empat pemain lain yang berkongsi persamaan itu dengan Minamino.

Gayanya lebih kurang sama dengan Jurgen,” kata Rangnick.

Proaktif, high pressing, counter-pressing. Apabila kami memenangi bola, kami tidak mahu membazir masa dengan hantaran ke tepi atau ke belakang.

Advertisement

Kami mahu cuba bermain ke hadapan secepat mungkin, mencipta banyak peluang, dan menjaringkan gol sebanyak mungkin.

Bukan kebetulan dia memiliki empat orang bekas pemain saya kerana ianya, secara fakta, mencari pemain yang lebih kurang sama dari segi aset dan mentaliti seperti kami.”

Liverpool menjelaskan mereka mahukan Firmino bukan atas sebab komersial, hanyalah kerana kebolehannya bermain bolasepak dan kesesuaian dalam skuad Jurgen Klopp.

Minamino menyertai RB Salzburg dari kelab Jepun, Cerezo Osaka kurang dari £1 juta pada 2015.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply