“Tiada siapa yang menjangkakan keberangkatan saya dari Arsenal.” – Kos.

Laurent Koscielny
Bekas kapten Arsenal ini mendedahkan kisah beliau meninggalkan Emirates untuk pulang ke Perancis.

Bercakap dalam temubual bersama Canal Football Club, pemain pertahanan tengah berusia 34 tahun, Laurent Koscielny telah mendedahkan kisah perpindahan musim panasnya dari Arsenal yang telah mencetuskan kontroversi.

Beliau yang kembali ke Perancis dengan menyertai Bordeaux berkata: “Saya faham (mengenai perasaan peminat Arsenal yang tidak faham tentang pemergiannya).

Tiada siapa yang menjangkakan keberangkatan saya dari Arsenal.

Untuk memudahkan cerita, saya tidak begitu gembira sebagaimana hari pertama saya menandatangani (menyertai Arsenal).

Dan kemudian, keluarga saya,kami membuat keputusan kembali ke rumah [ Perancis] untuk menghadapi cabaran baru.

Keluarga anda mengikuti anda selama 9 tahun di England, adakah langkah ini menjadikan mereka keutamaan kali ini?

“Ya. Apabila anda sedang dalam proses pulih dari kecederaan, anda tidak dapat beraksi dan hanya berdiam diri.

Anda lebih mementingkan diri sendiri, kerana sasaran adalah untuk berada di padang, berlari, melompat, mengatasi, membuat hantaran [kembali beraksi].

Dan pada satu ketika atau lebih, anda mula mengabaikan banyak pihak dan meninggalkan mereka [kecewakan meraka].

Sudah tentu, saya tidak akan berpatah balik setelah membuat keputusan itu [meninggalkan Arsenal].

Untuk menjadi gembira sekali lagi bersama, kembali ke Perancis adalah penyelesaian terbaik. “

About MyGooners 875 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Musim pertama menghadirkan harapan, musim kedua punah segalanya. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners