Connect with us

Arsenal

Torreira jadi sasaran perpindahan Januari.

Published

on

Mudah untuk ‘mendapatkannya’ kerana dia tidak mempunyai musim yang indah di Emirates.

Walaupun dengan perubahan pengendali di Emirates, Lucas Torreira masih gagal untuk beraksi dalam senarai permulaan di Arsenal.

Sejak permulaan musim ini, terdapat begitu banyak kisah dan dakwaan yang mengatakan pemain tengah Uruguay ini tidak gembira dengan keadaannya di London.

Dakwaan seterusnya menyebabkan khabar angin mula tersebar dengan minat dari Itali mula mengaitkan perpindahan Torreira, di mana Milan dilaporkan bersedia untuk menyambutnya.

Advertisement

Walaupun kisah dan khabar angin itu bagaikan senyap seketika setelah pemecatan Emery, namun Corriere dello Sport kini percaya satu lagi pasukan Serie A berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu – Napoli.

Kelab Itali itu dikatakan dalam proses untuk merombak skuad mereka bagi persediaan dan persiapan musim depan setelah Aurelio de Laurentiis tidak gembira dengan situasi semasa yang melanda Napoli.

Aurelio de Laurentiis, pengerusi kelab bolasepak Napoli dan Bari.

Salah satu posisi yang mereka mahu perkukuhkan adalah pada bahagian tengah dengan membawa masuk seseorang yang dapat mengawal permainan, di mana mereka melihat Torreira sebagai salah seorang calon terbaik.

Corriere menjelaskan kerana Torreira tidak mempunyai ‘musim yang indah’ di Emirates, ia akan menjadi lebih mudah buat Napoli untuk ‘mencuba dan menggoda dia’ untuk berpindah ke Naples.

Mereka juga mendedahkan dimana itu adalah rancangan untuk bulan Januari (mendapatkan Torreira) dan percaya bahawa harga Torreira jauh lebih murah berbanding Stanislav Lobotka, yang kini berada di Celta Vigo.

Advertisement
Stanislav Lobotka

Pun begitu, tidak mungkin harga Torreira lebih murah ataupun murah, tetapi seperti yang mereka katakan di atas, mungkin lebih mudah untuk meyakinkan pemain itu dan Arsenal daripada mendapatkan persetujuan pemain Slovak itu.

Jika Torreira terus berada di bangku simpanan di bawah Freddie Ljungberg, tidak mustahil untuk melihat Torreira meninggalkan Emirates pada Januari ini ataupun pada musim panas nanti.