Tukar Bellerin untuk Merih Demiral ?

Kira-kira hanya tiga minggu sahaja lagi untuk jendela perpindahan kedua musim ini dibuka.

Banyak kisah pemain yang dikaitkan dengan Arsenal baik untuk pemain masuk menyertai Arsenal mahupun pemain yang akan meninggalkan Emirates.

Yang pasti, Unai Emery tidak lagi bersama The Gunners dan tugas beliau itu kini digalas pembantunya, Freddie Ljungberg.

Musim ini dimana ianya merupakan musim kedua Arsenal tidak lagi dikendalikan oleh Arsene Wenger dan ia merupakan sebahagian daripada perkara yang diingini oleh peminat dan penyokong The Gunners.

Namun perjalanan Arsenal tidaklah begitu ‘cantik’ semenjak pemergian Wenger dan ianya makin bertambah teruk selepas diambil alih oleh Unai Emery.

Terlalu banyak pergeseran berlaku diantara peminat dan kelab ketika ini.

Dan jika terdapat pemain yang mampu untuk mengembalikan hubungan baik diantara pasukan dan peminat, sudah tentu ianya adalah Hector Bellerin.

Mengetahui apa yang hendak dan patut dikatakan serta mengetahui bilakah masa yang sesuai mengatakannya, beliau merupakan seorang pemain yang semakin berkembang untuk menjadi seorang pemimpin, kapten pasukan.

Berusia 24 tahun dan masih mempunyai banyak masa untuk beliau mencatatkan sesuatu menarik ke dalam buku sejarah kelab, Bellerin musim ini dilihat sedia kembali beraksi selepas mengalami kecederaan yang memaksa beliau berehat panjang.

Beliau membuat penampilan Liga Perdana pertamanya musim ini ketika menentang Leicester City pada November lalu dan kemunculan kedua (juga) pada penghujung bulan lalu ketika menentang Southampton (23 November 2019).

Oleh itu, menghantarnya ke tempat lain mungkin tidak berada dalam agenda dan ia tentu tidak akan menjadi langkah popular di kalangan peminat dan penyokong Arsenal.

Calciomercato tidak mempedulikan perkara-perkara tersebut dan mereka melaporkan bahawa minat Arsenal terhadap Merih Demiral akan menyebabkan ‘kemungkinan pertukaran’ dengan Juventus.

Mereka menyatakan Bellerin adalah pemain setara dengan Demiral dan nilai kedua-dua pemain itu juga adalah sama.

Komen terbaru dari ejen Bellerin, tidak menafikan perpindahan berpotensi ke Serie A dengan mengatakan: “Kepentingan sebuah kelab Itali ada di sana tetapi saya tidak dapat mendedahkannya.

Dia mempunyai kontrak yang panjang dan tidak mudah untuk membawanya keluar dari Arsenal.

Dia adalah naib kapten, kita akan melihat bagaimana musim akan datang. ” jelas Albert Botines yang merupakan ejen kepada Bellerin.

Walaupun Arsenal boleh menandatangani pertahanan tengah baharu (Merih Demiral), namun menghantar salah seorang pemain terbaik yang dimiliki ketika ini untuk pertukaran pemain hanya akan membawa kepada kemarahan penyokong setelah DNA Arsenal semakin lenyap.

About MyGooners 861 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment