Unai Emery mencari kemenangan untuk perancangan seterusnya.

BEKAS pengendali Arsenal, Unai Emery telah menolak tawaran Everton menurut laporan.

Malahan beliau juga dilaporkan mahu memikirkan perancangan masa depannya yang mana dia mahukan ‘kemenangan’ sekiranya menjadi pengurus kepada mana-mana pasukan.

Dakwaan dari Sepanyol pada hari Jumaat menyatakan bahawa Unai Emery telah menolak peluang untuk mengendalikan Everton.

Marca membawa cerita yang mengatakan Toffees adalah kelab pertama yang membuat tawaran kepada bekas pengendali The Gunners ini, namun Emery menolak pendekatan kelab Inggeris dan mengucapkan terima kasih kepada mereka untuk peluang tersebut.

Ia mengatakan bahawa Emery memerlukan lebih banyak masa untuk merancang dan memikirkan masa depannya sebelum membuat sebarang keputusan mengenai tawaran untuk mengendalikan kelab baharu.

Akhbar Sepanyol itu melaporkan Emery menganggapnya terlalu awal untuk mengendalikan pasukan Liga Perdana yang baharu, memandangkan tempoh beliau yang baru sahaja meninggalkan Arsenal.

Menurut laporan itu lagi, Everton bukanlah satu-satunya kelab yang telah mendekati dan menawarkan peluang kepada Emery dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Ia mendakwa bahawa dua pasukan China turut menawarkan peluang tersebut, tetapi Emery menolak kedua-dua tawaran itu kerana dia mencari kelab yang boleh menawarkan peluang untuk memenangi gelaran yang relevan.

Marca menamatkan kisahnya dengan menyenaraikan semua kejuaraan dan final Eropah yang dicapai oleh Unai Emery, pada asasnya mengatakan Emery cukup baik untuk menunggu peluang yang lebih baik untuk muncul.

Everton adalah ‘yang pertama untuk mengetuk pintu’, bagaimanapun Emery mahu ‘projek menang’ yang mampu dicapai bersama kelab baharu.

About MyGooners 861 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment