Vieira tolak Arsenal dan berjanji setia kepada Nice

Patrick Vieira
Pengendali Nice, Patrick Vieira nafi mengadakan perbincangan dengan Arsenal sebelum pelantikan Mikel Arteta sebagai ketua jurulatih.

Arteta secara rasmi telah mula bekerja di Stadium Emirates pada hari Ahad selepas bersetuju dengan perjanjian tiga tahun setengah.

Ketua Bolasepak Arsenal, Raul Sanllehi berkata beliau dan Pengarah Teknikal, Edu telah bercakap dengan ‘beberapa calon ternama’ dan salah satunya dikabarkan adalah Vieira.

Bekas kapten pasukan The Gunners, Vieira dikaitkan dengan peranannya sepanjang proses pemilihan pengendali Arsenal namun dalam wawancara dengan Canal Football Club, mendakwa tidak ada perkara untuk dispekulasikan.

Vieira, slaah seorang kapten terbaik yang pernah Arsenal miliki.

Ditanya adakah dia telah dihubungi, Vieira – yang juga telah dikaitkan dengan francais MLS milik David Beckham, Inter Miami – berkata: “Tidak. Ia sangat teruja melihat nama anda merata-rata tetapi saya di bawah kontrak bersama Nice.

Saya tahu sejak saya tiba, betapa bertuahnya saya rasakan dengan terlibat bersama kelab ini [Nice].

Saya tidak mempunyai niat atau hasrat untuk pergi dan mencari di tempat lain.”

Nice menduduki tempat ketujuh pada musim pertama mereka di bawah Vieira dan ditangga ke-10 Ligue 1 ketika ini.

Kedudukan carta liga Perancis ketika ini.

Pemenang Piala Dunia 1998 menyatakan kelayakan untuk beraksi dalam saingan Eropah adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjangnya bersama kelab.

Objektifnya adalah untuk bermain di Liga Juara-Juara suatu hari, tetapi ia akan mengambil masa,” katanya.

About MyGooners 881 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment