Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Wolves harap dapat tarik Hwang Hee-Chan sertai mereka pada Januari nanti.

Published

on

Wolverhampton Wanderers mahu menjadikan Hwang Hee-Chan sebagai pemain baru pertama mereka pada jendela perpindahan pemain Januari 2020 nanti.

Menurut SkySports, Red Bull Salzburg meletakkan tanda harga £23 juta ke atas pemain Korea Selatan ini, dan dia mempunyai baki 18 bulan lagi dalam kontrak terkininya.

Prestasinya bersama kelab juara bertahan liga Austria pada musim ini telah menarik minat beberapa kelab Eropah yang lain, terutama dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di mana dia menjaringkan tiga gol di peringkat kumpulan, termasuk gol menentang Liverpool pada Oktober lepas.

Advertisement

Wolves telah beberapa kali menghantar scout mereka pada bulan ini untuk memerhati permainan dan perkembangan Hee-Chan, namun akan bersaing sengit dengan kelab Jerman dan Itali untuk mendapatkan khidmatnya.

Dia telah membentuk gabungan serangan yang mantap bersama Takumi Minamino dan Erling Haaland pada musim ini.

Mereka telah menjaringkan gabungan 46 dari 92 jaringan gol Salzburg (50%) dalam hanya 27 perlawanan dalam semua kejohanan setakat ini pada musim ini.

Dia menyertai Salzburg pada tahun 2015, namun menghabiskan musim lepas bersama Hamburg secara pinjaman semusim. Hamburg bermain di Bundesliga 2 Jerman pada musim lepas.

Hee-Chan hanya menjaringkan dua gol dalam 20 penampilannya untuk Hamburg.

Prestasinya meningkat sejak kembali semula ke Austria, menjaringkan enam gol dan membuat enam assist dalam 14 perlawanan liga musim ini.

Advertisement

Kreativiti dan kebolehan untuk bermain di mana-mana bahagian serangan menjadi salah satu kunci menarik minat Wolves untuk mendapatkan pemain ini, juga mencari pemain untuk bersaing dengan Raul Jimenez dan Diogo Jota dalam kesebelasan utama.

Advertisement