Xhaka kecewa dan marah berhubung perpindahan.

Xhaka marah dan kecewa
Pemain tengah Arsenal itu dilaporkan tidak senang dengan keputusan Arteta tidak membenarkan beliau berpindah ke Bundesliga bulan depan.

Pada 23 Disember, kami mengulas laporan dari Bild, yang menjelaskan bahawa Hertha Berlin berminat untuk mendapatkan Granit Xhaka.

Malah laporan itu juga mengatakan bahawa Xhaka sudahpun memberitahu kepada rakan-rakan sepasukan mengenai perpindahan beliau.

Kemudian disusuli laporan, Fussball Transfer yang mengatakan Xhaka sudah mencapai persetujuan dengan pasukan Hertha Berlin dan kedua-dua kelab perlu melengkapkan kesepakatan perpindahan itu.

Dakwaan tersebut akhirnya disahkan oleh ejen pemain, Jose Noguera.

Begini, saya akan mengatakannya dengan jujur ​​dan sejujurnya, kami bersetuju dengan Hertha BSC dan ingin pergi ke Berlin,” kata ejen Xhaka, Jose Noguera kepada Blick.

Kami telah memberitahu kepada bos kelab Arsenal, Raul Sanllehi dan Pengarah Teknikal Edu Gaspar, serta Ketua Jurulatih baru juga, Mikel Arteta.

Arsenal telah dimaklumkan tentang mengenai semua perkara, pemain dan Hertha juga jelas.

Ia hanya tinggal mengenai bayaran perpindahan kelab.”

Blick mendakwa Hertha telah menawarkan €25 juta kepada The Gunners untuk pemain antarabangsa Switzerland itu.

Pun begitu, ianya kelihatan sukar buat buat Xhaka untuk meninggalkan Emirates selepas Mikel Arteta secara terbuka mendedahkan betapa beliau menyukainya dan bagaimana dia cuba menandatangani pemain itu ketika bersama Manchester City.

Bagaimanapun, laporan itu menambah, secara peribadi, pengendali baharu Arsenal memberitahu pemain berusia 27 tahun itu bahawa dia boleh meninggalkan kelab pada musim panas akan datang (musim depan).

Dan Xhaka dikatakan sangat kecewa dan marah mengenai perkara itu setelah sebelum ini ejennya mengesahkan akan berpindahan Januari ini, namun selepas berunding bersama Arteta, ejennya menjelaskan ‘itulah caranya’ (berpindah musim depan).

Difahamkan Arteta berhajat untuk menyertai Hertha pada musim sejuk ini dan laporan bercanggah diberikan ejennya yang mengatakan beliau boleh berpindah pada Januari nanti, kini berubah setelah Arteta hanya mengizinkan beliau pergi musim depan.

About MyGooners 874 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Arsenal melengahkan masa untuk wang lebih.
  2. Xhaka buat keputusan ‘u-turn’. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners
  3. Arteta dan Arsenal dikatakan cuba memanipulasi Xhaka. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners