Xhaka sedia tinggalkan Arsenal.

Granit Xhaka dilaporkan gembira bersama Arsenal dibawah kendalian Arteta

Pemain yang paling dibenci oleh penyokong Arsenal bersedia meninggalkan Emirate dan kembali ke Jerman.

Ejen pemain kepada Granit Xhaka telah mengesahkan pemain tengah Arsenal itu telah mencapai persetujuan untuk menyertai Hertha Berlin.

Xhaka, 27 tahun dilucutkan jawatan kapten pada November lalu setelah beliau mengeluarkan kata-kata makian kepada peminat Arsenal di Stadium Emirates ketika perlawanan menentang Crystal Palace yang berkesudahan seri 2-2 pada 27 Oktober.

Selepas direhatkan sementara, beliau kembali ke pasukan utama dan bermula dalam kesebelasan utama pada perlawanan pertama Mikel Arteta bertanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih Arsenal, yang berkesudahan seri 1-1 menentang Bournemouth malam tadi.

Sebelum perlawanan, Arteta juga menegaskan bahawa pemain antarabangsa Switzerland itu merupakan salah seorang pemain utama dalam rancangannya untuk mengembalikan kegemilangan Arsenal.

Namun selepas kecewa dengan layanan peminat dan penyokong terhadapnya, Xhaka dilaporkan berminat untuk kembali ke Bundesliga dan telah bersetuju pada dasarnya dengan Hertha Berlin.

Pun begitu, kelab Jerman itu dilaporkan masih belum mencapai kesepakatan bersama Arsenal mengenai perpindahan tersebut.

Perkembangan terkini menyaksikan pendedahan ejen pemain itu, Jose Noguera mengatakan bahawa Xhaka telah bersedia untuk meninggalkan Emirates dengan menerima tawaran Hertha itu.

Begini, saya akan mengatakannya dengan jujur ​​dan sejujurnya, kami bersetuju dengan Hertha BSC dan ingin pergi ke Berlin,” kata ejen Xhaka, Jose Noguera kepada Blick.

Kami telah memberitahu kepada bos kelab Arsenal, Raul Sanllehi dan Pengarah Teknikal Edu Gaspar, serta Ketua Jurulatih baru juga, Mikel Arteta.

Arsenal telah dimaklumkan tentang mengenai semua perkara, pemain dan Hertha juga jelas.

Ia hanya tinggal mengenai bayaran perpindahan kelab.”

Menurut Blick, Hertha telah menawarkan €25 juta (£ 21.3m) kepada Arsenal untuk mendapatkan Xhaka.

The Gunners pula telah membelanjakan kira-kira £30 juta untuk menandatangani Xhaka dari Borussia Monchengladbach pada tahun 2016.

About MyGooners 861 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Comment

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Xhaka kecewa dan marah berhubung perpindahan. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners
  2. Xhaka buat keputusan ‘u-turn’. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners
  3. 'Kelahiran' kedua Xhaka selepas Wenger tinggalkan Emirates. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners