Zlatan beri petanda kembali ke Itali.

Zlatan Ibrahimovic telah membangkitkan spekulasi bahawa dia bersedia untuk kembali ke Itali dengan Bologna dan AC Milan kuat dikaitkan dengan pemain kelahiran Sweden ini.

Saya akan menyertai sebuah kelab yang mesti bangkit untuk menang, yang mesti memperbaharui sejarahnya dan mencari perjuangan untuk semua orang dan segala-galanya,” kata Ibrahimovic kepada GQ Italia.

Itulah satu-satunya cara saya dapat mencari motivasi yang diperlukan untuk mengejutkan anda sekali lagi.

Ia bukan hanya tentang memilih satu pasukan, kerana ada faktor lain yang perlu disesuaikan, termasuk kepentingan keluarga saya.

Saya akan jumpa di Itali tidak lama lagi.”

About MyGooners 886 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment