10 perkara yang perlu anda ketahui mengenai Quique Setien.

Quique Setien
Fakta-fakta mengenai jurulatih baharu Barcelona.

1) Quique Setien bermula dalam dunia bolasepak dengan bermain bolasepak pantai, yang mana beliau bermain bersama pasukan kebangsaan Sepanyol.

2) Di Racing Santander, beliau dikenali sebagai “El Maestro,” dan merupakan salah seorang idol kelab berikutan tempoh beliau mewakili kelab tersebut selama 12 musim di dua tahap (selaku pemain dan pengurus pasukan).

Beliau menjadi pengendali pasuakan tersebut pada musim 2001/02, yang mencapai promosi ke LaLiga.

3) Setien merupakan jurulatih Cantabria (Racing) yang ketiga dalam sejarah Barca, selepas Enrique Orizaola (1961) dan Laureano Ruiz (1976).

Enrique Orizaola, jurulatih Racing pertama yang menjadi ataupun dilantik menjadi pengendali Barca.

4) Setien menghadapi Barca 22 kali sebagai pemain, dengan rekod 5 kemenangan, 5 seri dan 12 kekalahan serta ketika menentang Barca, beliau telah menjaringkan dua gol.

Sekali dalam perlawanan Barça menentang Logrones (2-1, pada musim 1990/91) dan juga pada perlawanan liga 1994/95, Racing menentang Barca (5-0).

5) Sebagai jurulatih, Setien telah bermain menentang Barca tujuh kali, dengan catatan enam kekalahan dan satu kemenangan.

Kemenangan tunggal itu dicatatkan pada perlawanan yang berlangsung di Camp Nou, dalam saingan liga pada musim 2018/19.

6) Sebagai jurulatih, beliau telah mengurus Racing Santander, Poli Ejido, Logrones, Lugo, Las Palmas dan Betis.

Di samping itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai jurulatih negara Equatorial Guinea.

7) Dalam salah satu kunjungannya ke Camp Nou, Sergio Busquets telah memberinya baju yang ditulisnya: “For Quique with love and admiration for your way of looking at football. All the best.”

Sergio Busquets

8) Setien telah melatih bekas pemain Barca seperti Bartra, Kaptoum, Tello, Sanabria, Araujo, Halilovic dan Kevin-Prince Boateng, serta pemain Barça ketika ini, Junior Firpo.

Junior Firpo

9) Jurulatih baharu itu selalu memuji Barca dan Leo Messi, yang dianggapnya sebagai “kemewahan dan pemain terbaik dalam sejarah.”

10) Antara minat Quique Setien yang lain adalah bermain catur dan beliau pernah bermain melawan bekas Juara Dunia, Anatoli Karpov dan Gary Kasparov.

Sumber: FC Barcelona

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment