Connect with us

Everton

Alisher Usmanov tiada keraguan untuk melabur wang dalam Everton FC

Published

on

Jutawan Russia, Alisher Usmanov mahu kembali ke dalam dunia bolasepak dan tidak teragak-agak untuk melabur dalam kelab bolasepak Everton.

Usmanov, yang mempunyai harta kekayaan hampir bernilai £15 bilion, telah menjual baki sahamnya di Arsenal kepada Stan Kroenke pada tahun lepas.

Beliau juga menjelaskan dalam temuramahnya bersama the Financial Times, bagaimana terkejutnya dirinya meninggalkan the Emirates.

Advertisement

Taikun Russia ini merupakan kawan rapat dan rakan bisnes pemegang saham tertinggi Everton, Farhad Moshiri. Mereka berdua pernah bersama memegang saham di Arsenal menerusi syarikat Red and White Holdings mereka.

Namun, Moshiri telah menjual pegangannya kepada Usmanov pada 2016 untuk membolehkannya meningkatkan pegangannya di Everton ke 49.9%.

Apabila ditanya adakah dia mahu menyertai Moshiri di Goodison Park, Usmanov menjawab: “Ya. Dengan rela hati, kalau diajak (oleh Moshiri).

“Saya memikirkan untuk membuat perlaburan saya di dalam kelab ini..saya tidak akan menolak Arsenal.

Advertisement

“Saya tidak akan meninggalkan mereka sebagai seorang peminat.

“Tetapi saya akan memakai jersi Everton kalau saya menyertai mereka, kerana saya seorang yang profesional.

“Mereka mahu membina stadium baru. Kenapa katakan tidak kepada USM Arena.

“Tidak menjadi kewajipan untuk saya melibatkan diri.

Advertisement

“Mungkin saya hanya perlu menaja mereka.”

Mengenai penjualan sahamnya kepada Kroenke, Usmanov menambah:

“Jika kami bekerja bersama, sudah tentu kami boleh mencapai lebih banyak lagi.

“Masanya akan tiba, untuk lebih kejayaan dan para penyokong kelab akan kembali ke stadium.”

Advertisement

Hubungan Usmanov dengan Everton pada masa ini hanyalah menerusi penajaan syarikatnya ke dalam padang latihan Finch Farm.

Everton mahu membina ‘rumah baru’ di Bramley Moore Dock di hadapan waterfront Liverpool, dan sedang dalam proses memohon keizinan pembinaannya.

Hanya selepas itu, barulah Everton boleh memulakan proses menjual hak nama.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply