Andy Cole, bintang Man United yang dilahirkan dari Akademi Arsenal.

Andrew Alexander Cole ataupun lebih dikenali dengan Andy Cole merupakan bintang United yang berasal dari akademi Arsenal.

Mungkin tidak ramai yang menyedari pemain lagenda dan bekas bintang Manchester United, Andy Cole merupakan pemain yang dilahirkan daripada akademi Arsenal.

Cole memulakan karier awal sebagai pemain muda (remaja) untuk Arsenal pada tahun 1988 dan menandatangani kontrak profesional pada tahun berikutnya, 1989. 

Beliau hanya membuat satu penampilan sahaja dalam aksi liga sepanjang kariernya bersama Arsenal (1989–1992) dan penampilan beliau itu adalah pada perlawanan menentang Sheffield United di Highbury, 29 Disember 1990 dan beliau ketika itu baru berusia 20 tahun.

Andy Cole merupakan bintang yang dilahirkan dari Akademi Arsenal sebelum mencipta nama bersama Manchester United.

Walaupun Arsenal berjaya mencatat kemenangan besar (4-1) ke atas Sheffield United, namun beliau gagal menjaringkan gol pada perlawanan tersebut dan hanya beraksi (masuk) sebagai pemain gantian sahaja.

*Gol Arsenal dijaringkan oleh Dixon minit ke-50 (penalti), Thomas minit ke-70, Smith minit ke-84′ dan minit ke-86.

Rujukan : 11vs11

Arsenal 4-1 Sheffield United (29 Disember 1990)

Beliau juga membuat penampilan satu tunggal pada musim 1991/92 ketika menentang Tottenham Hotspur dalam saingan Piala Perisai Komuniti (Community Shield), apabila masuk menggantikan Kevin Campbell pada minit ke-79.

BACA: Andy Cole berunding sendiri dengan Arsenal pada usia 19 tahun.

Beliau hampir menghasilkan impak serta-merta selepas rembatan beliau dari luar kawasan penalti nyaris menerjah gawang gol Spurs, namun tersasar disebelah tepi.

Arsenal vs Tottenham Hotspur, 1991 Charity Shield.

Cole kemudiannya dipinjamkan ke Fulham (1 September 1991) yang beraksi di Division Tiga, dimana beliau telah menjaringkan tiga gol dalam 13 penampilan.

Cole dipinjamkan ke Fulham pada tahun 1991.

Pada Mac 1992, beliau kemudiannya menyertai kelab Divisyen Dua, Bristol City secara pinjaman sebelum menandatangani perjanjian ataupun perpindahan secara tetap bernilai £500,000 pada musim panas tahun 1992.

Cole menyertai Bristol City secara pinjaman sebelum melengkapkan perpindahan tetap pada musim panas 1992.

Bersama Bristol City (musim 1992/93) , Cole berjaya mencipta nama dan membuktikan kehebatan beliau selaku penjaring dan pemain muda berwibawa apabila berjaya menjaringkan lapan gol dalam 12 penampilan.

Dan ketika itu, Bristol City beraksi di Liga Bolasepak Bahagian Satu – First Division (liga kedua tertinggi bolasepak Inggeris selepas Liga Perdana Inggeris yang diperkenalkan pada tahun itu), kecemerlangan beliau itu membuatkan nama beliau menjadi sebutan dan sering kali dikaitkan dengan kelab-kelab Liga Perdana di sepanjang musim 1992/93.

Pada Februari 1993, Newcastle United memecahkan rekod perpindahan kelab tersebut apabila menandatangani Cole daripada Bristol City dengan nilai perpindahan berjumlah  £1.75 juta.

Cole terus mencipta kegemilangan bersama Newcastle apabila musim kedua beliau bersama kelab itu, beliau berjaya menjaringkan 34 gol dalam 40 penampilan liga dan penampilan serta jaringan keseluruhan beliau musim itu (termasuk kejohanan lain) sebanyak 46 kali dengan 41 gol.

Aksi cemerlang Cole bersama Newcastle membuatkan Man. United membelinya pada tahun 1995.

Dan musim ketiga menyaksikan beliau telah menjaringkan sembilan gol dalam 18 penampilan liga serta empat gol dalam tiga penampilan UEFA Cup menjadikan jumlah keseluruhan penampilan beliau sebanyak 27 kali dengan 15 gol dijaringkan pada musim ketiga bersama Newcastle.

Musim pertama Cole bersama Newcastle, beliau hanya membuat 12 penampilan dengan 12 gol dijaringkan beliau (menghabiskan separuh kedua liga 1992/93).

MusimPenampilanJaringanBantuan Gol
1992-19931212
1993-19944034
1994-19952715
JUMLAH7961

Kehebatan beliau itu membuatkan pengurus Manchester United, Alex Ferguson sanggup menukarkan pemain beliau, Keith Gillespie dengan menambah sebanyak £7 juta bagi mendapatkan Andy Cole dari Newcastle United pada 10 Januari 1995.

Beliau menghabiskan hampir lapan musim bersama Manchester United dan digelar lagenda kelab tersebut setelah membuat 275 penampilan dengan 121 gol dijaringkan serta 13 bantuan gol dicipta beliau.

Kehadiran Ruud van Nistelrooy pada musim 2001/02 menyertai Manchester United serta pemain -pemain lain yang semakin meningkat seperti Dwight Yorke, Ole Gunnar Solskjær dan Paul Scholes menyebabkan beliau tersisih daripada kesebelasan utama Sir Alex Ferguson.

Dan pada 29 Disember 2001 beliau dilepaskan ke Blackburn Rovers dengan nilai perpindahan sebanyak £8 juta.

Selepas meninggalkan Manchester United, beliau mewakili kelab-kelab seperti :

MusimKelabPenampilanJaringanBantuan Gol
2001-2004Blackburn93311
2004-2005Fulham3713
2005-2006Manchester City23101
2006-2007Portsmouth224
2006-2007Birmingham City512
2007-2008Sunderland8
2007-2008Burnley1362
2008-2009Nottingham Forest11

Pada 11 November 2008, Cole mengumumkan persaraannya dari arena bolasepak, menamatkan karier selaku pemain bolasepak selama 19 tahun.

Rekod Penyertaan Kelab.
MusimTarikhDariKe
08/09Nov 1, 2008Nottingham ForestBersara
08/09Jul 1, 2008Sunderland Nottingham Forest
07/08May 1, 2008BurnleySunderland
07/08Jan 1, 2008SunderlandBurnley
07/08Aug 1, 2007PortsmouthSunderland
06/07May 1, 2007Birmingham CityPortsmouth
06/07Mar 1, 2007Portsmouth Birmingham City
06/07Aug 1, 2006Manchester CityPortsmouth
05/06Jul 1, 2005Fulham Manchester City
04/05Jul 1, 2004Blackburn RoversFulham
01/02Jan 1, 2002Manchester UnitedBlackburn Rovers
94/95Jan 1, 1995Newcastle UnitedManchester United
93/94Mar 1, 1994Bristol CityNewcastle United
91/92Mar 1, 1992Arsenal Bristol City
91/92Dec 1, 1991Fulham Arsenal
91/92Sep 1, 1991Arsenal Fulham
89/90Jul 1, 1989Arsenal U18Arsenal
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Andy Cole berunding sendiri dengan Arsenal pada usia 19 tahun. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners